web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MATTA Fair Sasar 20,000 Pelawat, Nilai Jualan RM25 juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 8:34PM

MATTA Fair akan diadakan selama 2 hari mulai 20 November ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC). - Gambar fail dari Facebook MATTA FAIR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pada 20 dan 21 November ini disasar menjana perolehan jualan RM25 juta dengan sasaran menarik seramai 20,000 pengunjung.

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata penganjuran pameran di Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu akan diadakan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tan berkata pengunjung yang merancang melawat ke pameran itu disaran mengelak daripada membawa kanak-kanak kecil seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan.

“Kami hanya akan membenarkan pelawat yang telah divaksin sepenuhnya memasuki dewan, memakai pelitup muka pada setiap masa dan mematuhi penjarakan fizikal semasa berada di dalam dewan pada setiap masa,” katanya.

Tan berkata pameran itu akan memberi tumpuan mempromosikan Sabah sebagai destinasi kegemaran dan ini adalah kali ketiga Sabah dipilih sebagai Destinasi Kegemaran Malaysia sempena pameran MATTA selepas dilaksanakan pada Pameran MATTA September 2015 dan Mac 2019.

“Sebagai pavilion terbesar yang mewakili pejabat pelancongan kerajaan negeri Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dengan 12 gerai pameran sempena MATTA Nov 2021, akan mempromosikan pelbagai produk pelancongan negeri kepada pengunjung termasuk seni warisan dan budaya, lawatan ke pulau-pulau yang indah, selam skuba, meredah hutan, mencerap burung, pengembaraan dan tarikan yang terbaik dan bernilai.

"Ini peluang terbaik buat pengembara untuk bertemu dengan wakil Lembaga Pelancongan Sabah dan ejen pelancongan di Sabah Pavilion untuk mengetahui mengenai tarikan unik dan menarik yang terdapat di Sabah,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata selepas sekian lama operasi lawatan terhenti disebabkan penularan wabak itu, Sabah amat berbesar hati dipilih sebagai “Destinasi Kegemaran Malaysia,”.

Bangkuai yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata sebagai Destinasi Kegemaran Malaysia, STB akan menyediakan pavilion di Dewan 4 dengan 12 gerai pameran iaitu pavilion negeri terbesar sepanjang pameran dua hari itu.

"Sabah dikurniakan dengan pelbagai keajaiban semula jadi yang mempersonakan, bermula daripada tarikan utama kami iaitu Gunung Kinabalu yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO Pertama Malaysia dan Geopark Negara yang akan menjadi GeoPark Global UNESCO, Lembah Danum yang terkenal dengan khazanah hutan hujan dara berusia 130 juta tahun; Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, pusat Pemulihan Orang Utan terbesar di dunia dan pulau Sipadan iaitu satu daripada tapak menyelam terkemuka di dunia.

“Penerapan budaya melalui pelancongan luar bandar dan pelancongan berasaskan komuniti seperti perkampungan Kadamaian ini telahpun diiktiraf dan menerima anugerah antarabangsa bagi Piawaian Pelancongan Berasaskan Komuniti ASEAN 2019-2021 pada Persidangan Menteri Pelancongan Asean 2019 di Hanoi, Vietnam,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad