web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Melaka: Polis Beri Amaran Jangan Bawa Penyokong, Berhimpun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 7:20AM

Abd Jalil Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Cantas Khas dalam usaha menyekat unsur gangsterisme sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan. 

Beliau berkata PDRM juga memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik bertanding supaya  mengikut arahan dan peraturan ditetapkan oleh Suruhanjaya Piliharan Raya (SPR) selain tidak membawa penyokong ke pusat penamaan calon.

“Tindakan tegas akan diambil jika didapati terdapat perhimpunan, perarakan dan sebarang aktiviti yang melanggar Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988),” katanya pada sidang media khas di sini semalam. Hadir sama Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah.

Abd Jalil berkata PDRM juga akan awal-awal mencantas mana-mana pihak yang cuba untuk membibitkan kes yang boleh menggugat ketenteraman semasa penamaan calon, semasa berkempen, hari mengundi dan juga selepas pengumuman kemenangan calon.

“Selain itu pasukan akan berada di Melaka ini seminggu selepas kemenangan atau keputusan diumumkan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam daripada elemen-elemen gangsterisme ini,

''Biarpun tiada lagi unsur gangsterisme dilaporkan setakat ini, polis akan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengekang aktiviti negatif ini dan ingin tegaskan, kami akan mencantas sehabis-habisnya jika ada pihak pihak yang akan menggunakan elemen-elemen gangsterisme dalam  PRN," katanya.

Abd Jalil berkata PDRM menempatkan seramai 238 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan kontinjen lain yang ditempatkan di negeri ini.

“Daripada jumlah itu 32 kumpulan kecil dibentuk dan akan sentiasa bergerak dari semasa ke semasa selain bertindak sebagai serampang dua mata dalam menentukan perjalanan semua kaedah-kaedah PRN mengikut peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata antara undang-undang yang berkaitan PRN adalah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957, Akta Pilihan Raya 1958,  Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturan-peraturan berkaitan pilihan raya.

Sementara itu Abdul Majid berkata polis juga menempatkan enam pasukan bersepadu yang turut dianggotai penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara  (MKN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap parlimen semasa proses penamaan calon berlangsung hari ini bagi memantau sebarang aktiviti yang melanggar Akta 342.

Beliau berkata kewujudan pasukan itu adalah satu pendekatan baharu seiring proses pilihan raya yang berlangsung dalam norma baharu dalam menguatkuasakan peraturan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar akta berkenaan di samping satu pasukan pemantauan polis yang turut ditempatkan di 28 pusat penamaan.

Abdul Majid berkata pasukan bersepadu itu akan memastikan tiada pelanggaran mana-mana peraturan di bawah Akta 342, manakala pasukan pemantau pilihan raya itu akan mengambil tindakan berkaitan dengan Akta Pilihan Raya.

Katanya, pasukan bersepadu ini juga merupakan pasukan induk dan akan bergerak dari satu pusat penamaan calon ke satu pusat penamaan calon, sekiranya ada pelanggaran dilakukan, mana-mana pasukan pemantau akan melaporkan kepada pasukan induk ini untuk diambil tindakan.

"Tujuan penubuhan team(pasukan) bersepadu ini juga adalah untuk memberi keadilan dan untuk mengelakkan sebarang tohmahan yang mengatakan pihak penguatkuasaan mengambil tindakan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar