Berita Terkini

2 jam yang lalu: Najib gagal kemuka bukti baharu, keputusan rayuan kes SRC esok 4 jam yang lalu: 4,817 kes sembuh COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan 7 jam yang lalu: Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$116.7 bilion pada 30 November 2021 7 jam yang lalu: 41,490 orang miskin tegar di Sabah sehingga 1 Disember 7 jam yang lalu: PRN Sarawak: DAP gesa SPR perjelas perubahan tempat mengundi

IKUTI KAMI


Pil Rawat COVID-19 Bukan Pengganti Vaksin - Pakar Virologi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 7:57PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selain penggunaan vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan pembelian ubat anti viral Molnupiravir, keluaran Merck & Co sebagai ‘senjata’ untuk melawan COVID-19 pada awal bulan lalu.

Keputusan tersebut dibuat sebagai persediaan Malaysia beralih ke fasa endemik untuk hidup bersama virus berbahaya itu.

Hari ini, syarikat pengeluar vaksin Amerika Syarikat (AS), Pfizer mengesahkan pil anti viral COVID-19 dipanggil Paxlovid yang dibangunkannya berupaya mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan golongan rentan sehingga 89 peratus.

Kejayaan Pfizer membangunkan pil anti viral untuk merawat pesakit COVID-19 disambut baik pakar kesihatan, yang menyifatkannya sebagai tambahan pilihan rawatan inovatif baharu ketika ini.

Menurut pakar virologi terkemuka, Profesor Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, keputusan positif hasil ujian klinikal ke atas Paxlovid merupakan implikasi penting bagi pesakit COVID-19 di seluruh dunia.

“Laporan berita bahawa Pfizer Inc berjaya membangunkan pil anti viral untuk merawat COVID-19 sememangnya amat menggembirakan kerana kita mempunyai alat tambahan untuk melawan virus berbahaya itu.

“Statistik yang dikeluarkan amat signifikan dan kami menunggu penerbitan datanya dalam jurnal perubatan tidak lama lagi. Ia mempunyai implikasi penting untuk pesakit di seluruh dunia,” katanya hari ini.

Beliau berkata, walaupun ubat anti viral tersedia di pasaran, harganya mungkin terlalu mahal dan akan menentukan penggunaannya di peringkat global.

“Harga kontrak Merck AS adalah sekitar AS$700 untuk penggunaan selama lima hari. Kita tidak tahu berapa harga pil anti viral Pfizer untuk tempoh penggunaan yang sama.

“Syarikat itu sedang dalam perbincangan aktif dengan 90 negara, memaklumkan harganya akan hampir sama dengan harga Merck tetapi turut akan mempertimbangkan beberapa pilihan lebih murah untuk negara berpendapatan rendah,” katanya.

Malah katanya lagi, kedua-dua pil anti viral keluaran Merck dan Pfizer mesti diberikan seawal mungkin untuk memaksimumkan keberkesanannya selain turut mempunyai beberapa kesan sampingan.

“Pil Pfizer diberikan dalam kombinasi dengan ubat virus lama dipanggil ritonavir, dan kemungkinan kesan sampingan termasuk loya dan cirit-birit. Kami juga ingin mengetahui sama ada pil ini boleh diberikan untuk mencegah jangkitan di kalangan mereka yang tidak divaksin.

“Ini termasuk kanak-kanak kecil, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun lemah atau dengan komorbiditi dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk jika seseorang dalam isi rumah dijangkiti COVID-19,” katanya.

Dr Sai Kit bagaimanapun berkata, penggunaan pil tersebut bukan bersifat sebagai pengganti kepada pemberian suntikan vaksin COVID-19 yang giat dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Jawapan mudahnya tidak. Suntikan vaksin masih merupakan perlindungan paling berkesan terhadap COVID-19.

“Ubat oral ini akan mengurangkan risiko jangkitan yang teruk, kemasukan ke hospital dan kematian sekali gus membantu penjimatan kos. Namun ia masih tidak boleh menghalang seseorang daripada dijangkiti,” katanya.

Susulan itu, beliau berharap agar lebih ramai rakyat di negara ini bersetuju divaksin dan menerima dos ketiga untuk mendapatkan perlindungan lebih baik.

“Pelancaran vaksin lebih daripada tujuh bilion dos di seluruh dunia hanya meliputi separuh penduduk dunia dan ramai yang enggan diberi vaksin. Kita juga mesti terus mengamalkan langkah-langkah sosial dan kesihatan awam.

“Antaranya memakai topeng, mengekalkan penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan, sehingga kita mencapai tahap lebih 80 peratus daripada jumlah penduduk kita, termasuk kanak-kanak diberi vaksin,” katanya. - Getaran, 6 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Perarakan Perayaan Tidak Dibenarkan, Termasuk Thaipusam - Halimah Sadique

2

Semasa 4 jam yang lalu

Semua Dos Penggalak Di Bawah PICK Diberi Percuma

3

Semasa 6 jam yang lalu

Selangor Laksana Pemberian 157,000 Dos Penggalak Secara Percuma Mulai Esok

4

Semasa 7 jam yang lalu

Wujud Diskriminasi KKM Terhadap SOP Masjid Untuk Rapatkan Saf Solat

Sorotan

1

Najib Gagal Kemuka Bukti Baharu, Keputusan Rayuan Kes SRC, Esok

2

'Red Notice' Filem Paling Banyak Ditonton Di Netflix

3

Singapura Sahkan 2 Kes Import Positif Varian Omicron

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 Garis Enam Sasaran Utama - PM

Politik 1 hari yang lalu

Semua Pemimpin Politik Utama Sarawak Hadapi Pertandingan Pelbagai Penjuru

Semasa 2 jam yang lalu

Pengembara Luar Perlu Jalani Ujian COVID-19, 6 Hari, Mulai Esok

Sukan 1 hari yang lalu

Piala AFF: Malaysia Tepati Ramalan, Benam Kemboja 3-1