web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Dibuka, Ibu Bapa Risau Bercampur Lega

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 4:39PM

Seorang ibu mencium pipi anaknya sebelum menghantarnya ke sekolah di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada hari ini.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Sejurus anak kecilnya turun dari motosikal, Abdul Rahmat Azam, 38, menghulurkan sebuah beg sekolah berwarna biru muda yang tersimpan rapi dalam bakul besi.

Usai anaknya, Azli, 7, menyandang beg tersebut, Rahmat terus mematikan enjin motornya.

“Nanti jangan rapat sangat dengan kawan-kawan.

“Masa rehat pun duduk jauh-jauh sikit. Facemask ini jangan tanggalkan kecuali bila nak makan,” pesannya dengan tegas, sambil membetulkan kolar kemeja seragam sekolah anak sulungnya itu.

Anak itu mengangguk, tanda akur dengan pesanan ayahnya sebelum pergi beratur bersama-sama rakan lain, di hadapan laluan masuk yang dilengkapi dengan penanda jarak sosial dan dijaga oleh beberapa guru serta seorang penjaga keselamatan, sambil  memegang sebotol cecair pembasmi kuman.

Hari ini adalah kali kedua sekolah dibuka semula secara berperingkat, sejak negara dilanda pandemik COVID-19 yang mengakibatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, termasuk yang terbaru bermula 13 Januari lalu.

Sekolah sebelum ini dibuka seketika pada Jun 2020 namun kembali ditutup bermula 8 November tahun yang sama, susulan peningkatan kes COVID-19 akibat gelombang ketiga wabak.

“Saya sebenarnya risau.

“Dulu, kes naik beratus-ratus, sekolah ditutup. Tapi sekarang, kes harian dah beribu-ribu tapi sekolah dibuka pula,” keluh Rahmat kepada  Getaran selepas anaknya memasuki kawasan sekolah.

Sekadar info, negara merekodkan 852 kes baharu apabila kerajaan memutuskan penutupan sekolah pada 8 November 2020, satu perbezaan yang amat ketara jika mahu dibandingkan dengan 19 Februari lalu.

Sejumlah 2,936 kes baharu dilaporkan ketika kerajaan mengumumkan pembukaan semula sekolah pada tarikh berkenaan, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan orang ramai.

Bilangan itu terus bertambah, termasuk 2,437 kes baharu semalam.

Kerisauan Rahmat dikongsi seorang ibu, Siti Aisyah Khairuddin, 33, yang menetap di rumah pangsa berdekatan.

“Saya memang risau, tapi pada sama, lega juga kerana kekangan kewangan menyukarkan saya untuk selalu membeli data internet bagi digunakan untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kami sekeluarga bukan orang kaya, perbelanjaan untuk membeli kad tambah nilai bagi mendapatkan data internet ini memang membebankan,” katanya.

Ibu muda itu berkata, beliau juga hanya mampu membeli sebuah peranti sahaja, walaupun memiliki empat anak yang masih bersekolah.

“Mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakan peranti untuk belajar. Kalau kuota internet habis memang tak boleh nak laksanakan PdPR,” tambah Siti Aisyah.

Program PdPR diumumkan oleh Kementerian Pendidikan pada 8 November 2020, untuk menggantikan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

Sepanjang perlaksanaan PDPR, semua guru dikehendaki bekerja dari rumah mengikut jadual harian kelas seperti biasa.

Kebimbangan Siti Aisyah, yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, mengenai ketidakmampuan memberi akses pendidikan kepada anak-anaknya turut diketengahkan dalam laporan terbaru Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

“Dua dalam lima (43 peratus) ketua keluarga yang mana 37 peratus diketuai oleh wanita, bimbang kerana tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka,” dedah laporan bertajuk Families on the Edge itu. - Getaran, 1 Mac, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar