Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Mahkamah Benarkan Najib Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Nov 2021 3:22PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda tarikh pelepasan dan pemulangan pasportnya ke Singapura selepas mendapati bekas perdana menteri itu telah mengemukakan alasan munasabah dalam permohonannya.

Tiga panel hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said berkata mahkamah tidak bertindak sewenang-wenangnya untuk meluluskan permohonan itu sekiranya tiada alasan munasabah diberikan.

"Mahkamah telah membaca permohonan pemohon (Najib) dan afidavit sokongan. Saya percaya alasan diberikan pemohon adalah munasabah dan disebabkan itu, pihak pendakwaan tidak membantah. Jika tiada alasan munasabah, mahkamah akan disalah tanggap dan dilihat sewang-wenangnya memberi kebenaran. 

"Saya juga mengingatkan bahawa tiada alasan kali ketiga diberikan oleh pemohon. Kali pertama, alasan untuk melawat anak perempuan bersalin di Singapura dan hari ini, permohonan kali kedua untuk membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

"Namun, setelah mempertimbangkan alasan munasabah diberikan, mahkamah membenarkan permohonan pemohon dan pasportnya perlu dikembalikan kepada mahkamah pada atau sebelum 6 Disember ini,” kata Kamaludin yang bersidang bersama Hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah.

Najib, 68, memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah dari 20 Oktober sehingga 22 Nov kepada 25 Oktober sehingga 6 Disember ini bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan melahirkan anak kedua, dua hari lepas (Isnin).

Ahli Parlimen Pekan itu dalam afidavit sokongannya berkata beliau juga diamanahkan untuk membantu jentera UMNO menghadapi PRN Melaka pada 20 November ini memandangkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada masa itu, akan berangkat ke Jerman untuk mendapatkan rawatan tulang belakang.

Terdahulu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee memberitahu panel, jadual perjalanan Najib ke Singapura terpaksa diubah kerana beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak dengan teratur dan sewajarnya ketika ketiadaan Ahmad Zahid ketika PRN Melaka.

Katanya, permohonan untuk meminda tarikh itu sudah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan kes jenayah dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak membantah permohonan itu.

Pada 28 Julai 2020, Najib didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dan kes itu kini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan. - Bernama

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Semasa 5 jam yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

Luar Negara 5 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM