web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maut Ketika Mencari Rezeki, Pemergian Penghantar Makanan Diratapi Ramai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 9:15PM

Gambar kenangan Allahyarham Mohamad Khairil Mahidi bersama isteri dan bayinya yang berusia 10 bulan.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Walau hanya bekerja sebagai penghantar makanan, Mohamad Khairil Mahidi, 25, nyata menjadi kesayangan keluarga dan rakan.

Ia terbukti apabila pemergiannya ke rahmatullah diratapi ramai, termasuk dalam kalangan sahabat handai yang berkongsi kesedihan mereka di media sosial.

Mohamad Khairil, penghantar makanan di bawah jenama Foodpanda terkorban selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah Perodua Myvi di Kilometer 9, Jalan Datuk Mohd Musa di sini, petang semalam.

Motorsikal yang ditunggang Mohamad Khairil ketika bertugas sebagai penghantar makanan
Motorsikal yang ditunggang Mohamad Khairil ketika bertugas sebagai penghantar makanan

Sahabat karibnya yang hanya dikenali sebagai Muhd Ikmar berkata, Allahyarham adalah seorang yang kaya dengan senyuman, peramah dan amat baik hati.

Kematian Mohamad Khairil turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wan yang melahirkan rasa sedih atas kejadian menimpa Allahyarham.

Menurut beliau, itu antara kemalangan maut membabitkan penghantar makanan dan barangan di Kota Samarahan yang dilaporkan tahun ini.

"Hal ini meruntun jiwa ramai orang melihat kecekalan anak-anak muda yang sangat tekad dalam mencari sumber pendapatan halal, demi diri sendiri dan keluarga," katanya.

Mohamad Khairil meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan yang baru berusia 10 bulan.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa yang beralamat di Lot  Fasa 3, Kampung Tanjung Bundong, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, nahas berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang pemuda berusia 22 tahun keluar dari simpang dan dilanggar mangsa.

"Mangsa ketika itu datang dari arah Kuching menuju ke Kota Samarahan.

"Impak kemalangan itu, kereta terbabit mengalami kerosakan pada pintu belakang bahagian kanan manakala motosikal rosak pada bahagian hadapan," katanya kepada Getaran hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -  Getaran, 2 November 2021
 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad