web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Warga Emas Dijerat Love Scam, Lebur Hampir RM75,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 5:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang warga emas berusia 63 tahun dan masih bersuami rugi RM74,800 selepas dijerat perangkap cinta sindiket Love Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Supritenden Elias Omar berkata, mangsa yang merupakan seorang penoreh getah mula berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Ibrahim Aziz menerusi Facebook sejak Julai lalu.

Hubungan warga emas berkenaan bersama lelaki tersebut yang mendakwa dirinya seorang doktor dan menetap di Ireland itu kemudiannya menjadi lebih rapat, apabila mereka mula berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp. 

“Setelah beberapa lama berhubung, ‘doktor’ tersebut meminta bantuan daripada mangsa untuk memasukkan wang kepadanya dengan alasan untuk mengaktifkan akaun. 

“Selain itu suspek juga mendakwa telah mengirim barangan kepada mangsa sebagai tanda perkenalan,” katanya di sini, hari ini. 

Elias menambah, mangsa kemudiannya telah dihubungi seorang individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kurier dan memaklumkan, terdapat barangan dikirim kepadanya. 

Katanya, wakil syarikat kurier itu mendakwa mangsa bagaimanapun perlu membuat bayaran cukai dan denda bagi ‘melepaskan’ barangan tersebut. 

“Atas dasar percaya dan suka yang melampau, mangsa telah memasukkan wang secara berperingkat melalui mesin deposit tunai ke tiga akaun bank berbeza bermula September hingga Oktober lalu, melalui 25 transaksi berbeza. 

“Nilai keseluruhan wang yang dipindahkan itu adalah RM74,800. Kesemua wang tersebut merupakan hasil simpanan mangsa sendiri,” katanya. 

Penipuan tersebut jelas Elias, mula disedari mangsa setelah dia diminta untuk terus membuat bayaran selepas itu. 

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Baling semalam. Satu kertas siasatan telah dibuka dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terperdaya dengan sindiket sedemikian. 

“Jangan mudah percaya akan pujuk rayu daripada seseorang yang tidak pernah dikenali melalui media sosial. Selain itu, jangan terlalu mudah untuk membuat sebarang pindahan wang kepada individu yang hanya dikenali melalui media sosial,” katanya. - Getaran 1 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad