web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rogol, Masuki Sabah Secara Haram, PATI Dipenjara 23 Tahun, 12 Sebatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 4:47PM

Tion Amat (kanan) dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun dan 12 sebatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang wanita dan berada di Sabah secara haram.

Tertuduh Tion Amat, 26, enggan mengemukakan rayuan bagi dua pertuduhan berkenaan selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan, Tion didakwa merogol seorang wanita tempatan berusia 21 tahun di Ladang Kumasih dalam daerah Kalabakan, jam 6.45 pagi, 17 Oktober lalu.

Tion didakwa turut mengancam mangsa dengan meletakkan pisau pada leher wanita tersebut sebelum merogolnya.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, Tion boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebat.

Awang Kerisnada berkata, laporan perubatan mangsa mengesahkan terdapat kesan koyakkan pada kemaluannya akibat ditusuk benda tumpul.

Selepas mengambil kira kepentingan awam, trauma dan kesan yang dialami mangsa, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun berkuat kuasa hari ini dan tujuh sebatan atas kesalahan rogol.

Tertuduh turut dikenakan hukuman penjara empat tahun dan lima sebatan bagi kesalahan memasuki Sabah secara haram.

Kesemua hukuman itu dijalankan secara berasingan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian pada 17 Oktober lalu, mangsa dikatakan sedang mengayuh basikal bersendirian di Jalan Kalabakan.

Sebaik tiba di lokasi, tertuduh telah menarik mangsa ke dalam semak sambil mengacukan pisau ke lehernya.

Lelaki itu juga dikatakan mengugut untuk mencederakan mangsa, sebelum mengoyakkan seluar dipakai wanita berkenaan menggunakan pisau dan merogolnya.

Mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama dan polis berjaya menahan tertuduh lima hari kemudian di kawasan ladang kelapa sawit Bukit Tukok, Kalabakan. - Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 6 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad