web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembukaan Sekolah, Guru Turut Teruja

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 7:16PM

Guru-guru membuat persiapan menjelang pembukaan sekolah untuk Tahun Satu dan Dua, esok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 KAJANG : Selepas beberapa bulan tidak dapat mengajar secara bersemuka dan hanya meneruskan sesi secara maya, kini golongan pendidik menganggap pembukaan semua sekolah pada 1 Mac sebagai berita yang menggembirakan.

Rata-rata guru tidak sabar untuk berjumpa anak didik mereka selepas sekolah diarahkan tutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik Covid-19.

 Nurul Ain Nawawi
Nurul Ain Nawawi

Bagi seorang guru pra sekolah sekitar Kajang, Nurul Ain Nawawi, 30, berkata, rasa gembira dan debaran dirasai kali ini menyamai  perasaan seperti sesi persekolahan awal tahun.

"Saya rasa tidak sabar untuk memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka esok dan berjumpa kembali dengan anak murid.

“Dengan usia yang masih mentah, bimbingan guru adalah paling penting kerana mereka masih dalam tempoh pembelajaran.

“Umur lima dan enam tahun adalah tempoh yang paling penting untuk mereka mengenali huruf, membaca dan mengira,” katanya kepada Getaran.

Ain yang meceburi dunia pendidikan sejak empat tahun lalu mengakui, beliau agak kekok dengan kaedah pengajaran secara baharu, menerusi konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), justeru keputusan kerajaan membenarkan pembukaan sekolah seperti biasa adalah satu kelegaan buat dirinya.

Langkah itu jelasnya, amat dinantikan, khususnya selepas berdepan keluhan sejumlah besar ibu bapa yang perlu ke pejabat kerana tugas.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi guru pra sekolah, Shahirah Abdullah, 38 berkata, beliau percaya semua pelajar menerima berita pembukaan sekolah dengan gembira.

“Bagi pihak diri sendiri, saya rasa lega dengan keputusan ini dan yakin, semua murid juga tidak sabar untuk kembali ke sekolah masing-masing.

“Saya juga faham situasi dan keadaan ibu bapa atau penjaga yang terpaksa bekerja, tidak mampu untuk menguruskan kerja sekolah diberikan pihak sekolah, apatah lagi jika memiliki bilangan anak yang ramai,” katanya.

Shahirah bagaimanapun berkata, pembukaan sekolah bagaimanapun harus seiring dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Jumlah jangkitan COVID-19 yang masih tinggi tegasnya, adalah petunjuk untuk semua pihak agar sentiasa berwaspada dan mengambil berat aspek kesihatan serta prosedur keselamatan lain.

“Saya amat berharap semua pihak dapat mengikuti SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19, termasuk mematuhi semua garis panduan dibuat kerajaan.

“Jangan pula timbul kes ibu bapa mementingkan diri, tetap menghantar anak ke sekolah walaupun berada dalam keadaan tidak sihat,” tegasnya.

Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan, sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula 1 Mac ini bagi murid pra sekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua, manakala Tahun Tiga serta Enam masing-masing bakal memulakan pembelajaran pada 8 Mac.

Ia diikuti peringkat menengah yang bakal kembali ke sekolah April nanti.

Sementara itu, bagi murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain pada 5 April ini.

Turut memulakan sesi persekolahan esok ialah pelajar Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua).

Sekolah antarabangsa dan institute Pendidikan swasta kategori pusat termasuk pusat tuisyen dibenarkan beroperasi menjelang  8 Mac 2021. - Getaran, 28 Febuari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 3 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad