web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022 Perlu Tumpu Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar, Pendalaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 7:19AM

Penduduk mengambil upah mengasingkan siput di pelantar nelayan Kuala Sala, pada 16 Oktober. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur yang turut mencakupi kawasan luar bandar bagi pemulihan ekonomi akibat kesan pandemik COVID-19 menerusi Bajet 2022.

Pakar Ekonomi Sekolah Perniagaan Putra Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, keperluan utama itu membabitkan pembangunan infrastruktur berimpak tinggi melalui sistem pengangkutan dan logistik yang turut menghubungkan perkampungan serta desa.

Menurut beliau, peningkatan kemudahan terbabit bakal mentransformasikan ekosistem logistik dan menjadi pemacu perubahan kepada ekonomi serta sosio negara.

“Bajet 2022 perlu merangkumi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), menerusi peruntukan RM400 sebagai perbelanjaan pembangunan. Justeru, peningkatan kemudahan infrastruktur perlu menjadi antara fokus utama.

“Jika perkara ini menjadi intipati utama kerajaan, semua kawasan di negara ini dapat dihubungkan dengan mudah dan cepat, sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi di semua kawasan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tambah beliau, sistem logistik yang cekap serta inklusif juga dilihat mampu meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam di samping perdagangan serta rangka kerja kawal selia.

“Apabila penggunaan teknologi bagi pengangkutan itu dilaksanakan, kita mahu lihat berlaku rangkaian rel dan jalan raya yang lebih bersepadu antara lapangan terbang, pelabuhan, kawasan perindustrian, bandar dan kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmed Razman menjangkakan kerajaan melalui belanjawan terbabit tidak akan memberikan peruntukan besar menerusi bantuan secara ‘one-off’ seperti tahun lalu.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Namun, beliau berpandangan, inisiatif itu akan lebih bersifat memastikan rakyat mendapat peluang pekerjaan serta pendapatan dengan lebih baik.

“Bantuan ‘one-off’ itu (memang) bagus namun inisiatif tersebut hanya bersifat sementara berbanding jika kerajaan menyediakan kerja yang bagus dan gaji tinggi, ia lebih bersifat mampan.

“Kerajaan juga perlu memastikan bekalan rantaian makanan diperkukuhkan disebabkan bekalan global akan terjejas sehingga tahun depan, di samping  menumpukan kepada pengeluaran produk domestik dan tidak hanya bergantung kepada barangan import,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM), Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi pula berpendapat, kerajaan perlu menilai semula bajet Belanjawan 2022 berdasarkan efektif dan kejujuran perbelanjaannya pada tahun lalu.

Pada masa sama, beliau menegaskan, kerajaan perlu menyediakan pelbagai sokongan serta bantuan kepada usahawan Bumiputera yang terjejas.

“Belanjawan kali ini kena besar demi memberi peruntukan kepada ekonomi, malah secara tidak langsung akan menambah lagi jumlah bajet demi menyediakan latihan dan bantuan yang lebih baik kepada usahawan Bumiputera.

“Selain jumlah bajet bagi ekonomi perlu dipertingkatkan, peruntukan besar kepada aspek kesihatan dan pelancongan juga diperlukan memandangkan semua sektor ini sangat memerlukan perhatian serta bantuan sewajarnya,” katanya.

Mohamad Nizam menarik perhatian, bantuan terbabit perlu diberi berterusan sehingga setahun dua kerana negara akan mula beralih ke arah endemik, yang menyaksikan aktiviti penduduk kembali berjalan seperti biasa.

“Cara itu juga merupakan peluang terbaik bagi kerajaan untuk membantu usahawan yang terjejas ketika pandemik COVID-19,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 34 minit yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad