web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Menipu, 2 Pegawai SPRM Didakwa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 10:09PM

Dua pegawai SPRM cuba mengelak daripada gambar mereka dirakamkan oleh media di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu seorang penguatkuasa untuk menghantar wang tunai sebanyak RM40,000, minggu lalu. 

Selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan berbeza secara berasingan. 

Penolong Penguasa P29 di SPRM Cawangan Kluang, Amir Izham Shahak, 32, mengaku bersalah, manakala Penguasa P42 SPRM Johor, Wan Kamarul Za'im Wan Mansor, 34, bertindak sebaliknya. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa menipu dengan memperdayakan secara curang untuk mendorong seorang penguatkuasa berusia 35 tahun menghantar wang tunai RM40,000, sebagai bantuan untuk menyelesaikan kes yang disiasat SPRM Johor ke atas anggota lelaki berkenaan. 

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan dekat Jalan Benut, Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, pada 7.57 malam, 14 Oktober lalu. 

Bagi kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Suhaili Sapun. 

Peguam Mohd Salleh Togimin mewakili Amir Izham, manakala Wan Kamarul Za'im diwakili peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes termasuk membacakan hukuman ke atas Amir Izham. 

Sementara itu, keadaan mahkamah sedikit kecoh apabila kedua-dua tertuduh berusaha gigih melarikan diri daripada pengamal media yang sudah berkampung di mahkamah sejak jam 8 pagi. 

Kedua-dua tertuduh masuk ke kamar mahkamah menggunakan laluan belakang dan bahagian dalam sehingga tidak disedari pengamal media yang berada di laluan masuk hadapan. 

Selain sentiasa dilindungi beberapa individu dipercayai kenalan ketika membayar wang ikat jamin di kaunter mahkamah juga, mereka turut dilihat melindungi diri daripada media dengan menggunakan kain banting. 

Sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah, mereka juga dilihat berlari masuk ke dalam kereta sehingga Wan Kamarul Za'im terjatuh di tangga. - Getaran, 21 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad