web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepala Air Punahkan Harapan, Pengusaha Chalet Rayu Tindakan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 5:44PM

Pengusaha Chalet Terrabait D'Yan, Azhar Zainal Abidin menunjukkan chaletnya yang dinaiki air selepas hujan lebat selama beberapa jam, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Tidak ubah seperti chalet dalam sungai.

Itu situasi yang terpaksa ditanggung pengusaha Chalet Terrabait D'Yan berhampiran pusat peranginan Titi Hayun dekat sini, berikutan arus deras disebabkan hujan lebat selama beberapa jam semalam.

Tinjauan Getaran di kawasan itu mendapati, hampir 90 peratus kawasan chalet tersebut, termasuk beberapa bilik yang sebelum ini disewakan pengunjung, masih dilalui arus deras hingga ke tengah hari tadi.

Kolam mandi sedalam kira-kira 1.2 meter di kawasan chalet itu turut dipenuhi batu serta pasir sungai, menjadikan ia seolah-olah terkambus sepenuhnya. 

Pengurus chalet tersebut, Siti Hajar Abdul Hamid, 46, kejadian itu sama sekali meranapkan harapan mereka untuk kembali menerima kedatangan pengunjung secepat mungkin, setelah terlalu lama tidak menjalankan perniagaan akibat penularan COVID-19 serta tragedi kepala air 18 Ogos lalu.

"Selepas tragedi kepala air pada 18 Ogos, kami sudah membelanjakan hampir RM100,000 bagi membaiki kerosakan dan mendalamkan kawasan sungai di tepi chalet ini. Namun semua usaha dan perbelanjaan itu tampak sia-sia, apabila chalet-chalet kami kembali dimasuki air manakala tebing sungai yang dibina pula runtuh.

"Kami sebenarnya kecewa dengan pihak berwajib kerana tidak mengambil langkah untuk mendalamkan sungai ini selepas kejadian pada 18 Ogos. Apa yang dilakukan hanyalah kerja-kerja menaikkan benteng sungai di kawasan tertentu, tetapi usaha mendalamkan sungai tidak dilakukan menyebabkan air mudah naik," katanya dalam nada cukup sebak.

Tambahnya sejak berlaku tragedi kepala air yang meragut enam nyawa pada 18 Ogos lalu, kawasan chaletnya itu serta Jalan Titi Hayun terlalu mudah dinaiki air dengan arus agak deras, walaupun ketika hujan tidak terlalu lebat.

"Sejak kejadian itu berlaku, hanya sekali saja rasanya jentera masuk ke sini untuk kerja-kerja mendalamkan sungai. Namun jentera tersebut dikhabarkan rosak dan kerja-kerja tidak disambung hingga sekarang.

"Setakat ini, sudah lima atau enam kali jalan ini dilalui arus deras sejak kejadian 18 Ogos lalu. Namun kejadian semalam mendatangkan kesan paling teruk dan saya amat memohon supaya pihak berkuasa datang segera ke tempat ini, bagi membantu kami membina benteng untuk menghalang aliran air sungai daripada terus memasuki kawasan chalet kami," katanya.

Sementara itu suaminya, Azhar Zainal Abidin, 58, berkata, pihaknya sebelum ini mengeluarkan perbelanjaan sendiri sebanyak RM15,000 bagi tujuan mendalamkan sungai di sebelah chalet tersebut, setelah pihak berkuasa dilihat tidak mengambil langkah demikian selepas kejadian pada 18 Ogos lalu.

Namun katanya, usaha itu seolah-olah tidak membawa erti apabila sungai berkenaan kembali menjadi cetek berikutan kejadian semalam. 

"Sungai ini pada asalnya berada agak jauh dari chalet kami namun laluannya berubah selepas kejadian pada 18 Ogos, menjadikannya betul-betul berada di tepi chalet.

"Selepas kejadian semalam, situasi semakin buruk apabila aliran sungai itu masuk pula ke dalam kawasan chalet kami. Disebabkan itu, kami amat mengharapkan kerjasama dari pihak berkuasa agar dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini," katanya. - Getaran 21 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad