web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Ladang Sanggup Redah Hujan Demi Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 7:57AM

Beberapa pekerja ladang sawit Serudung Teck Guang menanti giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di ladang tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Tujuh pekerja Ladang Serudung di sini sanggup berhujan dan menunggu di tepi jalan semata-mata untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Mendengar ada pasukan projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (RAVO) kendalian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memasuki ladang itu untuk menjalankan vaksinasi terhadap penduduk, mereka segera keluar dari rumah serta menunggang motosikal selama 30 minit sebelum berhenti dan menunggu di tepi Jalan Branko Serudung.

Pasukan RAVO yang terlihat kelibat ketujuh-tujuh pekerja kemudian bertindak menghentikan kenderaan dan bertanya beberapa soalan sebelum memberikan suntikan vaksin kepada mereka.

Antaranya Wati Lancang, 45, yang sebelum ini tidak dapat menerima vaksinasi kerana menghidap penyakit darah tinggi. 

"Pada Ogos, saya ada cuba datang ke pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Kalabakan tapi tidak boleh diberi vaksin kerana ada penyakit, jadi lama saya tunggu vaksin ini, ada masa saya risau (dijangkiti) COVID-19 ini dan saya takut kerana belum ada vaksin, sekarang selepas dapat vaksin, saya senang hati," katanya ketika ditemui hari ini.

Arif Appte, 45, pula berterima kepada petugas kesihatan kerana memudahkan penduduk di kawasan ladang yang terletak jauh dari bandar mahupun PPV. 

"Ada RAVO ini lagi menyenangkan kami, mereka masuk (ke) kawasan (ladang) dan saya tidak perlu pergi jauh atau mengeluarkan perbelanjaan lagi, saya tidak kisah disuntik di tepi jalan daripada tidak dapat vaksin," katanya. 

Bagi Riska Hamzah, 27, dia terpaksa memberanikan diri kerana sebelum ini dia takut disuntik selain terpengaruh dengan dakyah negatif mengenai vaksin COVID-19. 

"Mendapat maklumat tepat mengenai vaksin serta melihat rakan serta keluarga juga sudah menerima vaksinasi maka saya pun pujuk diri untuk beranikan diri ambil vaksin," katanya.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin pula berkata projek RAVO dan aktiviti ‘outreach’ lain dilaksanakan kerana menyedari masih ada penduduk di pedalaman yang belum divaksin.

"(Kami sanggup) walaupun terpaksa meredah hutan dan menempuh perjalanan sehingga lima jam masuk satu kawasan hari ini kerana kita tahu masih ada yang di pedalaman ini tercicir vaksinasi atas faktor kesihatan," katanya sambil menambah seramai 141,000 penduduk Tawau dan Kalabakan dikesan belum divaksin.

Beliau berkata projek RAVO, dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat termasuk sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteer (MyVac), akan dilaksana selama seminggu di Tawau bermula semalam.

Program itu melibatkan 21 lokaliti termasuk Ladang Serudung serta Kampung Serudung Laut dan selepas itu diteruskan di Kinabatangan, Tongod dan Nabawan. - Bernama

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar