Berita Terkini

23 minit yang lalu: 6 lagi pelajar Maktab Mahmud Sik positif COVID-19 24 minit yang lalu: 98.2 peratus kes baharu COVID-19 kategori 1 dan 2 25 minit yang lalu: Malaysia sumbang vaksin Astrazeneca kepada Bangladesh, Laos - Khairy 27 minit yang lalu: Polis Klang Selatan lakukan 9 serbuan babitkan judi haram sejak 1 Disember hingga hari ini, rampas RM65,000 serta tahan 25 individu 28 minit yang lalu: Kes isu kerakyatan: Mahkamah rayuan tetapkan 22 Disember dengan rayuan kerajaan tangguh keputusan

IKUTI KAMI


Vaksin Pneumokokal, Influenza Bantu Kanak-Kanak Elak Jangkitan Serius COVID-19

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 8:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka akan mula dibuka sepenuhnya mulai 8 November ini seiring peralihan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Keadaan itu bagaimanapun menimbulkan kegusaran ibu bapa mengenai tahap keselamatan anak-anak semasa berada di sekolah, apatah lagi golongan ini masih belum mengenal ‘bahaya’ virus COVID-19 yang ada di sekeliling mereka.

Atas faktor itu, ada ibu bapa yang memberikan vaksin tambahan kepada anak-anak mereka atas inisiatif sendiri, memandangkan kebenaran masih belum diberikan untuk golongan berkenaan menerima vaksin COVID-19.

Antara yang menjadi pilihan ialah vaksin pneumokokal dan influenza, iaitu dua pelalian yang sangat penting bagi mengelakkan jangkitan radang paru-paru atau pneumonia.

Pakar perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang berkata, dua vaksin tersebut amat disarankan untuk diberikan kepada kanak-kanak pada musim pandemik COVID-19.

“Virus (COVID-19) ini berminat dengan paru-paru terutamanya bahagian atas, jadi kemungkinan berlaku komplikasi pneumonia dan influenza yang akan menjadi lebih teruk.

“Pengambilan kedua-dua vaksin ini sebenarnya amat disarankan jika ibu bapa berkemampuan, tapi sekarang kerajaan sudah pun memberi vaksin pneumokokal secara percuma bermula tahun ini,” katanya dalam sesi penstriman langsung di Facebook baru-baru ini.

Dr Ahmad Samhan aktif di media sosial itu turut berkongsi kebaikan pengambilan pelalian tersebut kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

“Kita kena faham apa maksud sebenar vaksin. Vaksin merawat strain virus yang dilemahkan masuk ke dalam badan, kemudian badan menghasilkan antibodi melawan virus tersebut.

“Apabila virus sebenar pneumonia mahupun influenza masuk ke dalam badan anak, jadi antibodi anak-anak sudah tersedia untuk melawan jangkitan itu,” katanya.

Meskipun vaksinasi tidak melindungi seseorang individu 100 peratus daripada dijangkiti COVID-19, beliau berkata pengambilan pelalian mampu mengurangkan risiko jangkitan yang lebih serius.

“Dengan ambil vaksin bukanlah bermakna kita 100 peratus terlindung. Masih ada peratus untuk dijangkiti tapi takkan teruk.

“Virus COVID-19 ini akan masuk melalui hidung dan mulut, kemudian tekak dan terus ke paru-paru. Perlu diketahui virus ini amat berminat dengan paru-paru, terutamanya bahagian atas.

“Jadi kalau tak ambil risiko untuk seseorang itu mendapat komplikasi pneumonia dan influenza amat tinggi. Tapi kalau ambil, antibodi kanak-kanak dapat melawan jangkitan itu,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Ahmad Samhan berkata, pneumonia ialah jangkitan kuman yang menyebabkan radang (bengkak) kepada saluran pernafasan, terutama alveoli iaitu tempat pertukaran gas dari udara ke dalam darah di bahagian peparu.

“Ruang alveoli ini boleh mengandungi cecair atau nanah kesan daripada jangkitan itu yang boleh menyebabkan pesakit mengalami batuk berkahak, demam, menggigil, dan sukar bernafas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak ke tempat sesak, memandangkan aktiviti rentas negeri sudah dibenarkan.

“Kita akan masuk ke fasa endemik. Kita tak tahu siapa pembawa, siapa yang positif tapi tak nampak ada gejala. Memang saya tak sarankan bawa anak-anak keluar tapi banyak pula isu sampingan berlaku.

“Bila terlalu lama dikurung akan menimbulkan masalah kesihatan mental. Anak akan jadi murung dan bersedih tak tentu fasal.

“Jadi tak boleh, memang fitrah anak-anak itu perlu gembira, perlu ceria … perlu riang. Bawalah keluar untuk gembirakan mereka, tetapi dalam masa sama, kita perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP).

“Nak bawa keluar tak ada masalah tapi carilah tempat yang tidak terlalu sesak,” katanya. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Nilai Rt COVID-19 Kembali Naik, 40 Lagi Kematian Direkodkan

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Yakin Ada Hikmah, Daiyan Trisha Positif COVID-19

3

TARA 1 hari yang lalu

Lebih Bahaya Daripada Asma, Fibrosis Pulmonari ‘Membunuh’ Sistem Pernafasan Manusia!

4

Semasa 3 hari yang lalu

24 Pelajar Maktab Mahmud Positif, Cetus Kluster Dah Pelangi

Sorotan

1

Suu Kyi Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Tahun

2

Menara 188 Disewakan Kepada Syarikat Swasta, Hospitality 360

3

Rangnick Bermula Dengan Langkah Kanan Bersama United

4

Penyiar Pembunuh Industri Kreatif Hiburan Dalam Senyap!

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Sarawak: Hari Penamaan Calon Berlangsung Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 20,000 Pegawai, Anggota Polis Dijangkiti COVID-19 Sejak 2020

Politik 6 jam yang lalu

Semua Pemimpin Politik Utama Sarawak Hadapi Pertandingan Pelbagai Penjuru

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gunung Semeru Meletus, Penduduk Panik Selamatkan Diri