web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulama, Umara Wajib Berjihad Hapuskan Rasuah - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 10:22PM

Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1443H/2021M di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah bertitah supaya para ulama dan umara wajib berganding usaha, tenaga dan berjihad menghapuskan rasuah.

Baginda bertitah rasuah adalah barah amat bahaya yang terbukti menjadi punca penderitaan warga dan kemiskinan rakyat, kejatuhan kerajaan dan pemerintahan, keruntuhan negara dan empayar serta punca keruntuhan tamadun dan budaya.

Justeru, para ulama dan umara tidak boleh memejamkan mata, memekakkan telinga dan membisu lidah terhadap perbuatan rasuah, titah Sultan Nazrin. 

“Kebelakangan ini, dilaporkan begitu banyak berlakunya rasuah. Berdasarkan berita-berita yang dilaporkan,  perlakuan rasuah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa malah berlaku pada skala yang besar.

Lebih membimbangkan apabila turut dilaporkan rasuah dilakukan secara lebih berani, lebih terbuka,” titah Sultan Nazrin dalam perutusan Maulidur Rasul yang disiarkan di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. 

Baginda bertitah ketika ummah berasa gundah gelisah, pemimpin berperanan besar untuk mewujudkan dunia yang aman dan kehidupan sejahtera.

Sultan Nazrin bertitah ummah merindui kepimpinan adil lagi saksama, kepimpinan yang berani menegakkan kebenaran dan tegas melaksanakan keadilan berlandaskan hukum, merindui kepimpinan yang tidak melakukan kezaliman, tidak menindas, tidak menipu dan tidak bersifat munafik.

“Ummah semakin menyuarakan kerinduan untuk dianugerahkan kepimpinan yang tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak mengamalkan nepotisme dan tidak bersifat pecah amanah.

Ummah amat merindui berada di bawah naungan pemimpin yang mengamalkan sifat-sifat kepimpinan Rasulullah Sallallahualaihiwassalam (SAW), sifat-sifat kepimpinan yang wajib dijadikan contoh ikutan,” titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Nazrin bertitah kesejahteraan sesuatu bangsa dan kemakmuran sesebuah negara amat dipengaruhi oleh sifat dan akal bicara pemimpin.

Titah baginda, jika pemimpin sentiasa insaf akan tanggungjawab kepada ummah dan negara serta lebih insaf akan tanggungjawab yang besar terhadap Allah, maka akan sejahtera hidup ummah dan makmur negara dengan khazanah negara akan diurus secara telus, sumber diagihkan dengan saksama dan kekayaan negara tidak akan dibazirkan.

“Pemimpin tidak akan mengizinkan berlakunya himpunan kekayaan yang diperoleh secara tidak jujur dan tidak telus apatah lagi melalui kaedah yang meminggirkan peraturan dan mempersendakan undang-undang,” titah baginda.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, Sultan Nazrin bertitah agar hikmah dan kebijaksanaan kepimpinan Rasulullah SAW wajib dijadikan panduan dan pedoman terutama dalam kalangan mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan.

“Nabi Muhammad SAW ialah contoh, tokoh ketampanan lahiriah yang mencerminkan keindahan batiniah. Melalui hikmah dan kebijaksanaan kepimpinan, Baginda berjaya membina tamadun yang agung, tamadun yang telah mengangkat ummah mencapai persada kegemilangan,’’ titah Sultan Nazrin.

Baginda bertitah banyak peristiwa yang boleh dijadikan contoh akan sifat integriti tinggi Rasulullah SAW, terutama pendirian tidak memberi keistimewaan kepada anggota keluarga atau kenalan terdekat, serta tidak terpengaruh dengan sogokan dan imbuhan serta tidak bertolak ansur dengan rasuah.

“Rasulullah SAW  tidak menyalahgunakan status seorang Rasul untuk merebut kuasa dan membina kekayaan diri dan kekayaan keluarga. Baginda tegas, tidak sama sekali menggadaikan prinsip, cekal setia menjunjung amanah dan perintah Ilahi, titah Sultan Nazrin. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad