web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Skuad Elit Polis Mampu Tangani Jenayah Utama, Pembubaran 1 Kesilapan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 7:47PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia diyakini mampu membasmi sejumlah besar operasi sindiket pengedaran dadah, sekali gus mengelakkan rakyat dipergunakan sebagai 'tokan' sekiranya tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih wujud.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembubaran tiga skuad tersebut ketika negara diterajui Pakatan Harapan (PH) sememangnya amat mengecewakan.

Menurut beliau, tiga skuad tersebut yang dikenali sebagai Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC) serta Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) adalah tunjang terhadap kejayaan melumpuhkan aktiviti jenayah pada skala besar.

“Tiga skuad elit ini ditubuhkan untuk melawan dan melumpuhkan habis-habisan jenayah terancang di Malaysia dengan memburu serta menangkap 'jerung-jerung' yang menjadi dalang berbanding menahan 'ikan bilis'. 

“Saya percaya jika skuad elit ini masih wujud, pasti negara dapat membasmi kebanyakan sindiket dadah, sekali gus mengelakkan anggota masyarakat daripada dipergunakan menjadi 'tokan' akibat keinginan material atau atas desakan hidup, khususnya STING yang ditubuhkan untuk memburu ketua sindiket dadah serta melawan aktiviti penyeludupan dadah antarabangsa dan tempatan,” katanya.

Beliau yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) berkata, alasan pembubaran diberikan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu ialah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan, mengelak pertindihan fungsi dalam jabatan dan mengelak rasa kurang harmoni antara anggota.

Alasan pembubaran itu tegas beliau, dibuat tanpa mengambil kira indeks jenayah membabitkan aktiviti kumpulan jenayah terancang yang menunjukkan penurunan mendadak sejak penubuhan skuad terbabit.

Keputusan itu, katanya, turut dibuat tanpa mengambil kira keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka dan fungsi pasukan polis yang semakin bertambah.

“Pembubaran ini tanpa mengambil kira kegerunan dan ketakutan kumpulan jenayah terancang terhadap ketiga-tiga pasukan elit polis itu.

“Seperti juga pernah saya katakan, bukan kita menafikan sumbangan dan kemampuan pegawai serta aggota polis lain, namun skuad ini adalah bagi memperkasakan lagi usaha melawan jenayah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga unit tersebut dianggap sebagai ‘doktor pakar’ dalam menentang jenayah, malah terdiri daripada anggota terlatih dan yang terbaik dalam PDRM.

"Tetapi itulah antara yang sudah berlaku selepas kerajaan BN ditewaskan angkara fitnah dan tipu daya.

“InsyaAllah apabila BN menang PRU-15 dan kembali sebagai teras pentadbiran kerajaan, kita tubuhkan semula skuad ini,” tegasnya. - Getaran, 18 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad