web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Remaja Tunggang Basikal Lajak Kena Cekup

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 8:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan enam remaja dan kanak-kanak berumur antara 12 dan 16 tahun kerana menunggang basikal lajak yang diubah suai, selain tidak mempunyai brek dan loceng di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Beliau berkata Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS mengeluarkan 10 saman Pol 257 di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 dan kesemua basikal dirampas di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya kesemua mereka dibenarkan pulang selepas ibu bapa masing-masing dipanggil oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS bagi tujuan dokumentasi.

“Ibu bapa mereka juga sudah dinasihati supaya mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka ketika berada di luar rumah sebelum mereka dibenarkan pulang,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad