web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Dikehendaki Polis Maut Nahas, Suspek Disah Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 4:25PM

Seorang lelaki yang dikehendaki oleh polis, maut selepas terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat berhampiran IKM, Sungai Petani, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang individu dikehendaki polis maut setelah motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta dipandu tukang paip di lampu isyarat berhampiran Institut Kemahiran Mara (IKM) dekat sini, hari ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, semakan mendapati lelaki itu yang berusia 25 tahun turut positif COVID-19 sewaktu kejadian itu berlaku. 

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi apabila si mati yang memiliki 14 rekod jenayah, dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kenderaan Mistubishi Triton dipandu tukang paip berkenaan di sebelah kanan.

"Akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala. 

"Kejadian itu turut disahkan dan disaksikan oleh saksi yang berada di lokasi kejadian," katanya. 

Difahamkan lelaki itu memiliki 14 kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Tambahnya, si mati dipercayai melanggar syarat kuarantin memandangkan semakan dengan KKM mendapati dia masih memakai gelang merah jambu. 

"Mayat lelaki itu dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan bedah siasat bagi menentukan punca kematian. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - Getaran 16 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar