web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Shahrir, Ahmad Maslan Batal Notis Kompaun SPRM, Ditolak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 6:21PM

Shahrir Abdul Samad (kiri) dan Ahmad Maslan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan 32 individu termasuk bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka berhubung dakwaan menerima wang dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Suraya Othman menolak rayuan mereka dengan alasan tiada merit dalam rayuan itu.

Kesemua 32 individu tersebut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap mereka.

Hakim Suraya dalam keputusan sebulat suara berkata tindakan perayu mencabar kompaun yang dikeluarkan oleh SPRM, sebenarnya mencabar budi bicara pendakwa raya yang memberi persetujuan bagi membenarkan tawaran kompaun dikeluarkan dan dengan itu secara langsung telah mencabar kuasa pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah.

“Pengeluaran tawaran kompaun itu dibuat di bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) dan di bawah seksyen itu, sebelum tawaran kompaun dibuat, kebenaran daripada pendakwa raya mesti diperoleh.

“Perayu selepas menerima tawaran untuk mengkompaun boleh memutuskan sama ada untuk menerima tawaran kompaun atau menolaknya. Sekiranya perayu menerima tawaran kompaun di bawah Seksyen 92(4) AMLATFPUAA, tiada pendakwaan yang dapat dimulakan terhadap mereka oleh pendakwa raya.

“Jika mereka menolak tawaran yang dibuat, maka di bawah Seksyen 92(3) AMLATFPUAA, pendakwa raya boleh memulakan pendakwaan yang akan menyebabkan pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di mahkamah jenayah,” kata Hakim Suraya pada prosiding yang dijalankan secara maya hari ini.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Seri Mariana Yahya.

Hakim Suraya selanjutnya berkata kuasa pendakwa raya untuk mendakwa mana-mana individu boleh dilaksanakan olehnya pada bila-bila masa.

“Dalam rayuan ini, tiada caj dikenakan terhadap semua perayu. Pada masa ini kami berpendapat bahawa adalah pramatang di pihak perayu untuk mencabar kuasa pendakwa raya dalam menjalankan budi bicaranya untuk memberi kuasa kepada responden (SPRM dan ketua pesuruhjaya SPRM) untuk mengeluarkan tawaran mengkompaun kesalahan di bawah AMLATFPUAA.

"Berdasarkan alasan di atas, rayuan ini ditolak tanpa perintah terhadap kos dan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 26 Feb 2020 dikekalkan,” kata Hakim Suraya.

Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Mohd Shahril Madisa mewakili perayu manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly bertindak bagi pihak SPRM.

Pada 26 Feb 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan 32 individu untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman selepas Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan awal atas alasan bahawa permohonan pemohon tidak mempunyai prima facie, kes yang boleh dipertikaikan, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Shahrir dan Ahmad Maslan serta 30 individu lain memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan pada November dan Disember 2019.

Dalam permohonan itu, kesemua pemohon memohon pengisytiharan bahawa keputusan dan tindakan responden kedua (SPRM) mengkompaun mereka melalui Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan bertarikh 7 Oktober 2019 sebagai ultra vires, tidak sah, batal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Pemohon juga memohon perintah bagi membatalkan keputusan dan tindakan SPRM mengkompaun mereka selain memohon perintah untuk melarang suruhanjaya itu daripada menguatkuasakan kompaun berkenaan atau meneruskan pendakwaan terhadap mereka.

Turut dimohon, pengisytiharan bahawa kenyataan responden pertama (Ketua Pesuruhjaya SPRM) ketika sidang media berhubung keputusan mengeluarkan notis kompaun terhadap ketiga-tiga pemohon atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pramatang, salah tanggap dan salah guna jawatan awam.

Pada 7 Okt 2019, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, dalam sidang  media berkata SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1MDB.

Latheefa berkata sembilan individu dan 71 entiti, terdiri daripada 23 syarikat, 43 organisasi politik dan lima yayasan dan organisasi menerima wang melalui cek yang melibatkan akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad