Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Suami Isteri Mengaku Tak Bersalah Dera 2 Beradik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 4:08PM

Darga Devi (depan) dan Kartik (baju biru belakang) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan mendera dua beradik. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mendera dua kanak-kanak, antara Jun hingga September lalu.

Tertuduh, R Kartik, 32, dan B Darga Devi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob. 

Bagi pertuduhan pertama, pasangan terbabit didakwa melakukan penderaan terhadap kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun dengan memukul menggunakan rotan, penyangkut baju dan batang mop, serta meletakkan pisau panas di tangan.

Mereka turut didakwa mencucuh rokok di seluruh badan selain menghantuk kepala kanak-kanak terbabit ke dinding. 

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mendera seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dengan cara memukul menggunakan rotan dan batang mop, serta meletakkan pisau panas di tangan.

Mangsa turut dicucuh dengan rokok di seluruh badan dan kemaluan, selain disimbah dengan air panas serta kepala dihantuk ke dinding.

Perbuatan yang didakwa dilakukan bersama-sama dua orang lain yang sudah dituduh itu mengakibatkan dua beradik tersebut kanak-trauma dan mengalami kecederaan serius pada tubuh badan mereka. 

Bagi perbuatan dilakukan di sebuah rumah di Flat Selesa Jaya, Bandar Selesa Jaya, Iskandar Puteri di sini, antara 8 malam hingga 1 pagi, Jun hingga September lalu itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Mereka berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Pada prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew tidak bercadang menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh atas alasan perbuatan mereka bersifat ganas dan kejam, sekali gus melindungi keselamatan mangsa.

“Kes ini telah dilaporkan dalam media dan mendapat perhatian umum. Kedua-dua tertuduh juga melarikan diri selepas polis berjaya menahan ibu dan kakak kepada tertuduh lelaki, dikenali sebagai Kartik," katanya. 

Peguam Munirah Najihah Shaari yang mewakili suami isteri itu bagaimanapun memohon mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan dalam jumlah yang rendah. 

“Saya memohon ikat jamin dibenarkan memandangkan tertuduh kedua, Darga Devi, yang merupakan suri rumah mempunyai tiga anak berusia sembilan bulan hingga tiga tahun.

“Manakala, tertuduh pertama (Kartik) tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengambil upah memasak. Dia juga adalah penanggung tunggal keluarga. Jaminan tinggi akan membebankan mereka,” katanya yang turut memaklumkan kepada mahkamah, kedua-dua mangsa kini di bawah jagaan ibu kandung mereka. 

Mahkamah kemudian membenarkan suami dan isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM30,000 dan RM15,000 bagi semua pertuduhan dengan empat penjamin. 

Hakim turut meletakkan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Kedua tertuduh juga dilarang mendekati dan mengganggu mangsa serta semua saksi. 

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 24 November nanti. 

Pada 6 Oktober lalu, ibu kepada Kartik, B Mariamah, 60, dan kakaknya, R Deeba, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mendera dua beradik berkenaan. 

Pada petang hari yang sama, Kartik dan Darga Devi pula ditahan polis. 

Dua kanak-kanak malang berkenaan masih berada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan lanjut. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 6 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 16 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 51 minit yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad