web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kutipan Zakat 2020 Di WP Catat RM800 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 5:01PM

Mohd Nizam Yahya - Gambar dari Facebook PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kutipan zakat di tiga wilayah persekutuan mencatat sebanyak RM800 juta tahun lepas, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya, meskipun berdepan pandemik COVID-19.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Nizam Yahya berkata zakat perniagaan menyumbang kutipan tertinggi berbanding zakat pendapatan.

“Ketika pandemik bermula pada awal 2020, kita menjangkakan kutipan zakat akan ada penurunan, namun berlaku sebaliknya.

“Berdasarkan statistik, pada tahun-tahun sebelumnya, peningkatan kutipan zakat adalah pada kadar empat hingga enam peratus, namun tahun lepas peningkatan kutipan begitu ketara,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Apresiasi Media 2021 di sini malam tadi. 

Mohd Nizam berkata MAIWP akan menggunakan 80 peratus daripada jumlah RM1.1 bilion peruntukan sedia ada untuk pelbagai skim bantuan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 2022.

Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata ‘MAIWP Healthcare Clinic’ akan diwujudkan di Labuan bagi membantu golongan asnaf menerima rawatan perubatan.

“Buat masa ini kita ada 22 MAIWP Healthcare Clinic di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kita akan lebarkan kemudahan rawatan ini ke Labuan. Kita akan buat perancangan ke arah itu,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media di Labuan atas kerjasama dalam pelaporan berita sama ada sebelum dan semasa pandemik COVID-19.

“Banyak program dan skim bantuan MAIWP dilaporkan oleh pengamal media di pelbagai platform, dan ini sekurangnya membantu MAIWP dalam melebarkan lagi skim bantuannya kepada yang layak,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad