web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Gelojoh Balik Kampung, Lakukan Ujian Kendiri Dan Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 7:37AM

Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semalam sebaik sahaja kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai digesa supaya tidak terlalu gelojoh balik ke kampung halaman masing-masing sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan berkuatkuasa hari ini.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, kelonggaran yang diberikan kerajaan itu perlu dipatuhi semua pihak bagi mengelakkan kes positif COVID-19 kembali meningkat.

“Janganlah macam buka je pintu sempadan, semua serbu, minta semua bertenanglah dulu. Kalau kita belum divaksin, duduk diam-diam di rumah begitu juga dengan mereka yang ada penyakit kronik.

“Jangan gelojoh nak balik kampung. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP), amalkan kawalan kendiri dan tanam rasa tanggungjawab pada komuniti. Itulah kunci kejayaan kita selepas ini,” katanya kepada Getaran, di sini.

Menyambut baik usaha kerajaan itu, Dr Zainal turut menasihati setiap individu supaya bersikap jujur dengan melakukan ujian kendiri sebelum balik ke kampung halaman masing-masing.

“Kerajaan dah minta lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung, jadi kita buatlah.

“Bagi golongan antivaksin yang nak balik kampung fikir-fikirlah orang tersayang. Tahulah dah hampir dua tahun tak balik, tapi tak payah nak tipu-tipu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan segelintir golongan anti vaksin, yang sanggup mengeluarkan belanja semata-mata mahu membeli sijil digital vaksinasi, sebagai bukti kononnya mereka sudah melengkapkan dos masing-masing.

Justeru, beliau berharap pengumuman kerajaan itu sedikit sebanyak dapat membuka hati golongan tersebut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Sekarang pun kita dah nak capai 90 peratus populasi dewasa yang sudah lengkap divaksinasi. Jadi saya rasa tak ada masalah untuk mereka buat perkara sama.

“Buat apa nak takut, satu dunia dah ambil vaksin. Lakukanlah demi keselamatan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang,” katanya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan kes positif COVID-19 akan menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua minggu akan datang.

“Sebenarnya dalam seminggu dua ini saya rasa akan ada peningkatan kes. Mungkin akan naik lebih 10,000 kes tapi jangan panik. Kes memang ada setiap hari.

“Tapi kalau kes meningkat saban hari kita tahu rakyat abaikan tanggungjawab mereka. Jadi perlu ingat patuhilah SOP demi keselamatan bersama,” katanya.

Kerajaan semalam bersetuju memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

"Bagaimanapun, data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini," katanya pada sidang media khas, semalam. – Getaran, 11 Oktober 2021

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar