web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seronok Ke Zoo Negara, Tapi Perlu Perketatkan SOP!

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 5:56PM

Zoo Negara menjadi tumpuan orang ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengunjunginya, selepas hampir setahun ditutup akibat COVID-19. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama ditutup hingga berdepan krisis kewangan yang agak serius, Zoo Negara kembali dibuka, serentak dengan peralihan Lembah Klang ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PLN).

Dalam keghairahan membuka semula operasi dan menjana pendapatan, pengurusan zoo bagaimanapun diharap dapat mengamalkan mekanisme lebih tegas untuk memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sebaiknya.

Ibu bapa mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membawa anak-anak melawat Zoo Negara
Ibu bapa mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membawa anak-anak melawat Zoo Negara
Singa, antara tarikan di Zoo Negara
Singa, antara tarikan di Zoo Negara

Tinjauan Getaran di antara tarikan utama pelancongan negara itu mendapati, premis tersebut padat dengan kehadiran pengunjung, hingga menyukarkan pelaksanaan penjarakan fizikal.

Ia membangkitkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai, yang khuatir jika keadaan itu mencetuskan penularan COVID-19, atau lebih buruk, kluster baharu.

Mohd Hakimi Helmi
Mohd Hakimi Helmi

Pekerja sektor swasta Mohd Hakimi Helmi, 24, berkata, dia dan rakan-rakan sememangnya sejak sekian lama menunggu pembukaan semula Zoo Negara.

"Kita sedia maklum dengan keadaan Zoo Negara sebelum ini, jadi ia adalah peluang yang baik untuk membantu mereka.

"Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai juga amat menggalakkan dan kami berharap kunjungan mereka mampu membantu Zoo Negara untuk bangkit semula,” katanya.

Hakimi bagaimanapun berpendapat, pengurusan zoo wajar meletakkan had masuk pengunjung demi keselamatan dan kebaikan bersama.

“Memang bagus SOP di Zoo Negara ini, namun saya rasa pihak pengurusan zoo harus mengehadkan bilangan kemasukan pengunjung pada satu-satu masa.

"Mungkin letakkan had antara 500 hingga 700 orang bagi satu-satu masa supaya keadaan di dalam zoo tidak tidak terlalu padat dengan pengunjung," katanya.

Nor Nashrah Mohd Nasihan
Nor Nashrah Mohd Nasihan

Bagi penjawat awam, Nor Nashrah Mohd Nasihan, 34, dia serta suami mengambil keputusan membawa dua anak kecil mereka berusia tiga dan lima tahun ke Zoo Negara selepas sekian lama 'terkurung' di rumah.

"Kami memang sering menunjukkan gambar  pelbagai jenis binatang pada anak sebelum ini menerusi buku dan YouTube, namun tidak berpeluang untuk mendedahkan mereka dengan haiwan sebenar.

“Sebelum ini saya pernah juga membawa mereka ke zoo, namun ketika itu keduanya masih kecil untuk mengerti apa-apa," katanya.

Zoo Negara penuh dengan pengunjung yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membawa keluarga beriadah.
Zoo Negara penuh dengan pengunjung yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membawa keluarga beriadah.

Meskipun seronok dapat melayan kegembiraan dua anaknya, Nor Nashrah mengakui tidak berpuas hati dengan SOP ditetapkan.

"Sepatutnya jumlah pengunjung dikawal, bukan dibenarkan masuk sesuka hati. Apa yang saya lihat, hanya di kaunter tiket sahaja ada kawalan, tetapi tidak di dalam.

"Bagaimanapun SOP lain memang bagus,  sentiasa ada pengurus haiwan bagi setiap lokasi yang kami kunjungi untuk mengawal suasana,” jelasnya. - Getaran, 9 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad