web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teruja Rentas Negeri, Rakyat Jamin Patuh SOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 8:01AM

Pemandangan sekitar Plaza Tol Kubang Semang di Permatang Pauh, Pulau Pinang - Gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perasaan gembira dan teruja pastinya mengiringi hati setiap rakyat Malaysia, dalam menanti kebenaran merentas negeri diumumkan yang diramalkan berlaku tidak lama lagi.

Kebenaran itu pastinya dinanti dengan penuh debaran, apatah lagi selepas hampir setahun aktiviti itu tidak dapat dilakukan, sekali gus memberi kesan mendalam kepada golongan perantau.

Majoriti rakyat juga memberikan respon positif apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa aktiviti rentas negeri akan dibenarkan dengan syarat kadar vaksinasi negara mencapai tahap 90 peratus kadar, untuk populasi dewasa. 

Penjawat awam, Anum Kamaruzzaman, 36, berkata, dia tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi melihat keadaan ibunya yang baru kehilangan suami tercinta ketika Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan beberapa bulan lalu.

“Saya memang sangat bersyukur apabila kerajaan umum akan berikan kebenaran rentas negeri. Sekurang-kurangnya saya boleh balik kampung dengan kerap untuk ziarah ibu saya yang kini tidak sihat sejak kehilangan ayah pada Mei tahun lalu.

“Ketika ayah meninggal, saya tidak dapat pulang ke kampung kerana saya, suami dan dua anak lagi didapati positif COVID-19. Jadi hanya mampu membuat panggilan menerusi telefon sahaja. Perasaan sedih ketika itu, hanya Allah sahaja tahu. Tapi kami akur. Jadi jika diberikan rentas negeri, tiada tempat lain yang kami rancang untuk pergi, selain melawat dan ziarah keluarga yang sudah lama tidak ketemu,” katanya kepada Getaran.

Shahirah Mohamad
Shahirah Mohamad

Sementara itu, Shahirah Mohamad, 34, yang berniaga kecil-kecilan pula berkata, dia bercadang membawa keluarga bercuti kerana tidak pernah ke mana-mana sepanjang pandemik COVID-19. 

“Saya mahu bawa ibu bapa dan keluarga saya bercuti kerana terlalu lama sangat duduk di rumah. Anak-anak pun tidak pernah berjalan ke mana-mana. Jadi kesempatan ini saya sudah bercadang membawa keluarga kami pergi bercuti ke tempat peranginan seperti Cameron Highland.

“Kesian pada anak-anak, dekat dua tahun duduk rumah sahaja, tiada percutian menarik, sebaliknya duduk rumah dan belajar sahaja. Tapi dalam masa yang sama, kami akan pastikan ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan serta membuat ujian kendiri COVID-19 sebelum merancang untuk pergi bercuti,” katanya.

Sementara itu, di Twitter, sebahagian besar netizen turut melahirkan perasaan teruja.

Seorang pengguna, Dr Farra Diana MD pula memohon orang ramai tidak lupa menjalankan tanggungjawab mereka demi kesenangan bersama.

“Saya sangat gembira melihat orang ramai teruja untuk rentas negeri, terutamanya kepada mereka yang sudah dua tahun tidak dapat berjumpa keluarga.

“Tapi apa yang merisaukan, walaupun individu itu sudah menerima vaksin, mereka  tetap boleh dijangkiti  virus COVID-19, boleh juga menjadi pembawa virus. Jadi tolong jaga jarak antara satu sama lain serta jaga kebersihan diri. Kalau rasa diri sakit, duduk rumah,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan kelonggaran rentas negeri yang dijangka diumumkan tidak lama lagi perlu seiring dengan perasaan tanggungjawab dan disiplin kendiri kuat. 

Beliau berkata, ini kerana kebenaran rentas negeri menyaksikan semua pihak tidak lagi dikawal oleh sekatan jalan raya.

"Amalan pembersihan kendiri seperti kerap mencuci tangan dan kurangkan bersentuhan perlu sentiasa diamalkan," katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kadar populasi dewasa yang sudah melengkap vaksinasi masing-masing sudah mencecah 89.1 peratus setakat 7 Oktober.

Ini bermakna, negara hanya memerlukan baki 0.9 peratus sahaja lagi bagi mencapai sasaran ditetapkan iaitu 90 peratus kadar vaksinasi lengkap untuk populasi rakyat berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 9 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar