web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga China Hilang Sejak 1 Oktober, Ditemui Tergantung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 11:45AM

Lokasi di mana mayat Yang Ming Zhong ditemui tergantung pada sebatang pokok di Tenom, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM- Seorang lelaki warga China yang dilaporkan hilang sejak 1 Oktober lalu, ditemui tergantung pada sebatang pokok, semalam.

Mayat mangsa, Yang Ming Zhong, 37, yang merupakan pekerja di pusat pembinaan Empangan Mini Hydro Telekosang, ditemui sekitar jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, mangsa yang memakai baju berwarna merah dan berseluar pendek ditemui dalam keadaan reput oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

''Pihak pengurusan tempat mangsa berkerja membuat laporan polis selepas rakan mangsa memaklumkan dia tidak pulang ke rumah.

"Sebelum kejadian tersebut, mangsa memberitahu rakannya bahawa dia ingin keluar untuk mencari kawasan yang mempunyai talian telefon," katanya di sini, hari ini. 

Menurut Hasan, sebaik sahaja laporan polis diterima, pihaknya telah menggerakkan SAR, melibatkan 54 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Pangkalan Saba.

Operasi mencari dan menyelamat itu turut dibantu Unit Anjing Pengesan K9, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Hasan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tenom untuk bedah siasat. Kes ini, tambahnya, diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Getaran, 8 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar