web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teliti Semula Dasar RMK12 - MTEM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 2:39PM

MTEM meminta penelitian dibuat terhadap RMK12 bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, terutama Bumiputera. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa meneliti kembali sembilan dasar menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, penelitian itu penting bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, terutama Bumiputera.

Katanya, dasar itu adalah mengenai pembangunan ekonomi Bumiputera memandangkan penglibatan golongan ini daripada aspek perdagangan dan industri adalah terlalu kecil, sebagaimana digambarkan dalam kedudukan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Bumiputera menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).

“Jelas kebergantungan masyarakat Bumiputera kepada pendapatan daripada gaji terlalu tinggi, memberi gambaran seolah Bumiputera tidak mempunyai ekonomi substantif atau hanya sebagai pekerja dan pengguna, bukan pengeluar dan bukan majikan, sekali gus bererti matlamat teras kedua Dasar Ekonomi Baharu (DEB) gagal sama sekali,” katanya.

Abdul Halim berkata, dasar kebergantungan pada pelaburan asing juga perlu diteliti dengan mengkaji semula dasar pelaburan asing (FDI) bagi memastikan pilihan yang mampu memberi kelebihan kepada negara, berbanding merugikan. 

“Sememangnya negara perlu menjana pekerjaan sebanyak 350,000 setahun untuk menampung pertumbuhan penduduk, tetapi keperluan ini tidak boleh diselesaikan secara jalan pintas dengan hanya menerima apa sahaja FDI yang datang bergolek, contohnya intensif buruh, pencemaran serta nilai, teknologi dan upah rendah. Ini memperlihatkan undang-undang dan alam sekitar yang longgar serta lemah,” katanya.

Dasar pekerja asing, katanya, turut perlu diteliti dengan memberi perhatian utama kepada pengurangan pekerja asing pasca pandemik, kerana ia memberi kesan terhadap peluang pekerjaan rakyat B40 serta meningkatkan gaji dan upah, manakala pengecualian hanya boleh dilakukan ke atas sektor perladangan dan pembinaan.

Selain itu, dasar sasaran purata gaji tidak memberikan gambaran tepat kerana sasaran sepatutnya adalah ‘gaji penengah’ bukan ‘gaji purata’.

“Nilai gaji purata adalah ‘tersasar’ oleh gaji golongan eksekutif atasan yang jauh lebih tinggi dan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Walaupun kedua-dua metrik ada peranannya, penekanan pada sasaran gaji penengah memberi lebih impak pada golongan B40,” katanya.

Menurut Abdul Halim, dasar kesan COVID-19 juga harus diteliti bagi menunjukkan usaha untuk menetapkan semula ekonomi dalam menangani kesan pandemik, merangkumi kesihatan, pendidikan dan pembangunan infrastruktur dengan penanda aras lebih bermakna, seperti hospital serta capaian internet.

“Kerajaan juga perlu meneliti dasar mengenai kekurangan data untuk menyokong cadangan RMK12, selain memaparkan laporan keberhasilan dari RMK10 dan RMK11 jelas dan tuntas  kerana wujud kerisauan mengatakan RMK12 hampir sama dengan RMK10 dan RMK11, malah yang bertukar hanya olahannya.

“Mengenai dasar rumah mampu milik, kajian banyak membuktikan hal ini menjadi keperluan rakyat dan agenda pembangunan ekonomi membabitkan pembangunan infrastruktur. Walaupun RMK12 meletakkan hasrat untuk 500,000 rumah mampu milik, tidak ada peruntukan ditetapkan,” katanya.

Selain itu, Abdul Halim berkata kerajaan harus meneliti hasil kerajaan bagi tujuan membina negara dan membiayai kebajikan rakyat kerana sememangnya kerajaan memerlukan peningkatan hasil kerajaan.

“Harapan terakhir MTEM adalah pelaksanaan RMK12 dilaksanakan sebaiknya. Banyak aspirasi murni dan baik terkandung di dalam perancangan ini, namun aspirasi terbabit perlu diterjemahkan kepada sasaran jelas serta kebolehan untuk mengukur. 

“Dengan sasaran jelas, kebolehan mengukur dan pemantauan dapat dilakukan setiap suku tahun, permasalahan serta kelemahan strategi dan program boleh di kenal pasti serta diperbaiki. Langkah pencegahan rasuah dan kronisme wajib diperhebatkan,” katanya. - Getaran, 5 Oktober

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad