Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Maritim Malaysia Siasat Sindiket Bantu Nelayan Asing 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 9:25AM

Mohd Zubil Mat Som (beret merah) meninjau bot nelayan asing yang ditahan oleh Maritim Malaysia di Pusat Tahanan Vesel (PTV)  Maritim Negeri Kelantan, di Tok Bali, Pasir Putih.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Pencerobohan nelayan asing yang menangkap hasil laut di perairan negara ini akan dilihat secara lebih mendalam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi mengesan sindiket yang membantu mereka.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya akan menyiasat sindiket yang berada di darat, untuk melihat jika ia berpunca daripada orang tempatan atau warga asing yang menetap di Malaysia.

Menurut beliau, APMM akan meneliti kekurangan itu termasuk cara digunakan nelayan asing untuk memperoleh lesen palsu masuk ke perairan negara ini.

"Saya hendak lihat ke dalam, kekurangan peraturan kita termasuk sindiket yang berada di darat. Kita mahu tengok bagaimana proses yang mereka buat dari sudut memalsukan lesen sama ada menggunakan orang tempatan atau warga Vietnam yang menetap di Malaysia.

"Pihak kita juga mendapati bot nelayan asing ini menggunakan nombor pendaftaran Malaysia dan tangkap hasil di tengah laut, kemudian pindah kepada bot yang lebih besar untuk dibawa pulang ke negara mereka. Selepas itu mereka sambung tangkap lagi. Jadi kita hendak lihat dengan teliti modus operandi (MO) mereka ini," katanya dalam sidang media di Pusat Tahanan Vesel (PTV)  Maritim Negeri Kelantan, di Tok Bali, semalam.

Beliau berkata, berkemungkinan ada individu yang bersekongkol dalam memalsukan dokumen atau permit perjalanan, selain berlaku kewujudan bot klon bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Katanya, pihaknya sering mengenal pasti kes membabitkan bot yang mempunyai nombor pendaftaran yang sama dengan negara ini, selain penggunaan lesen tempatan oleh nelayan asing.

"Hasil tinjauan udara pihak kita di perairan Pantai Timur, didapati, hanya tiga bot sahaja dikesan dipercayai milik nelayan asing di kawasan hujung sempadan dengan jarak 140 batu nautika. 

"Ia satu perkembangan positif, sekali gus membuktikan Ops Kuda Laut yang dijalankan Maritim Malaysia sejak Jun tahun lalu hampir mencapai sasaran, dan diharapkan situasi ini berkekalan agar  perairan negara terus terkawal," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zubil berkata, Maritim Malaysia merampas 149 bot nelayan asing menerusi Ops Kuda Laut dari Jun tahun, membabitkan nilai melebihi RM224 juta.

Katanya, pihaknya turut menahan 1,516 nelayan asing dan majoriti tangkapan itu membabitkan nelayan Vietnam iaitu di antara 85 hingga 90 peratus.

"Sebelum ini, Maritim Malaysia bertindak membuat tangkapan menerusi Ops Naga yang diperkenalkan pada 2019 dengan menahan 303 bot membabitkan tangkapan lebih 2,000 nelayan asing, dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM373 juta.

"Ops Naga itu digantikan dengan Ops Kuda Laut apabila mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menangkap nelayan asing selepas terpaksa berhenti berbuat demikian akibat pandemik COVID-19 pada Mac tahun lalu.

"Operasi ini akan diteruskan sehingga pihak kami mencapai sasaran bagi memastikan sempadan perairan negara terkawal dan tidak ada lagi kecurian hasil laut oleh nelayan asing," katanya. - Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 22 minit yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 hari yang lalu

APM Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Dalam Kereta Di Bukit Bintang

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza