Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pindaan Terhadap MA63 Harus Berlandas Situasi ‘Menang-Menang’ - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 5:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang pindaan yang bakal dilaksanakan dalam peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seharusnya berkonsepkan situasi ‘menang-menang’ bagi memastikan semua pihak berkaitan berpuas hati dan memperoleh hak masing-masing.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Mohd Fadzil Abd Rahman berkata, pindaan itu sepatutnya bertujuan memastikan apa-apa perkara yang sebelum ini dipersetujui menerusi MA63 tetapi masih tidak diselesaikan dengan sempurna dan mencetuskan pertikaian, mampu dikemaskini serta dimantapkan semula.

Menurut beliau, isu perjuangan kerajaan Sabah dan Sarawak mengenai MA63 sudah lama tercetus, justeru pindaan yang mungkin dilaksanakan kerajaan berhubung perjanjian itu harus disambut baik dan dilihat daripada aspek ketelusan berdasarkan kepada semangat perjanjian dibina ketika penubuhan Malaysia.

“Kedua-dua belah pihak (Persekutuan atau negeri) tidak sepatutnya membincangkan isu ini (pindaan MA63) daripada aspek sentimen. Jika semua orang boleh terima hakikat apa diperuntukkan, dipersetujui dan memahami mengapa kerajaan ketika itu bersetuju untuk pembentukan Malaysia seperti dijanjikan pemimpin serta perjuang terdahulu, pindaan ini akan menguntungkan.

“Pindaan cuba dilakukan ini bukan untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan, tetapi mungkin bagi memasukkan klausa yang tidak diliputi di dalam perlembagaan mengikut perjanjian asal MA63,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr. Mohd Fadzil Abd Rahman
Dr. Mohd Fadzil Abd Rahman

Mohd Fadzil berkata, apa diharapkan adalah kerajaan tidak berniat untuk melihat semula atau meminda MA63 disebabkan kepentingan atau keperluan politik demi mencari sokongan pengundi, terutama membabitkan rakyat di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan harus menunjukkan bahawa pindaan MA63 adalah bagi mengembalikan ‘roh semangat’ perjanjian asal untuk dilaksanakan, supaya rakyat lebih yakin dengan pemimpin dan tidak menimbulkan sentimen tidak baik. Tidak sepatutnya kita lakukan apa-apa perkara pun kerana kecenderungan mencari sokongan.

“Bila kita kata mahu pinda MA63 hanya untuk kepentingan politik atau ketika kerajaan mungkin rasa kurang sokongan, ini tidak patut kerana apakah apabila sudah menerima sokongan dan kerajaan kembali stabil, kita tetap tidak memberikan apa dituntut Sabah dan Sarawak?,” katanya.

Ditanya kewajaran untuk kerajaan memanggil semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan berhubung pindaan MA63 yang lebih baik, Mohd Fadzil sangat bersetuju perkara itu dilakukan.

“Mendapatkan pandangan semua pihak akan mengelakkan sifat bias, malah bagi isu besar seperti ini, tidak wakar dibuat pihak tertentu sahaja, sebaliknya dibincang terperinci untuk mendapatkan persetujuan konsensus dan hasil terbaik,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan akan melihat kemungkinan untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang yang kritikal dalam MA63 bagi mengembalikan hak penduduk Sabah dan Sarawak, sebagaimana dipersetujui ketika pembentukan Malaysia.

Usaha yang akan dilaksanakan dengan bantuan Pejabat Peguam Negara itu katanya, adalah satu daripada keutamaan kementerian berkenaan dan beliau meletakkan sasaran menyiapkan proses bagi membentang rang undang-undang (RUU) berkaitan di Parlimen dalam tempoh 100 hari.

Dr Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, pindaan itu seharusnya mencakupi tindakan mengembalikan hak kehidupan asal rakyat Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara, termasuk status asal kedua-dua negeri berkenaan sebagai wilayah serta geran peruntukan.

Jelasnya, kerajaan tidak boleh gagal mengemudi Malaysia sebagai sebuah negara bangsa kerana akan merugikan semua pihak.

Beliau berkata, kerajaan harus belajar dari beberapa negara luar yang gagal memenuhi harapan inspirasi dan hak rakyat mereka seperti termaktub dalam perjanjian dimeterai terdahulu, sehingga menyebabkan wujudnya jurang sesama mereka.

“Kita tidak mahu perasaan dan sentimen tidak puas hati dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak terus bergelora serta meretakkan hubungan kedua-dua negeri ini dengan Semenanjung.

“Selepas 58 tahun MA63, kita sepatutnya sudah dapat memantapkan hubungan antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dengan Putrajaya. Kita tidak mahu isu seperti sentimen serta hak ini diambil kesempatan setengah pihak yang menangguk di air keruh, malah rasanya sudah ada 12 gerakan di Sabah dan Sarawak yang menuntut keluar dari Malaysia,” katanya.

Jeniri berkata, beliau melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan komitmen padu menerusi pentadbirannya, dengan memberikan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada pemimpin kerajaan untuk melaksanakan tugas terhadap rakyat sebaik mungkin dalam tempoh 100 hari.

“Susulan ini, Wan Junaidi harus membuktikan pencapaiannya berhubung MA63 dalam tempoh terbabit, tambahan orang sudah bercakap mengenainya terlalu lama dan mahu melihat bukti komitmen serta perkara berkenaan direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya.

Dr. Awang Azman Awang Pawi
Dr. Awang Azman Awang Pawi

Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, menyifatkan cadangan untuk melihat dan meminda semula MA63 sangat dialu-alukan, namun kerajaan harus memperincikan perubahan atau tambah baik yang mahu dilakukan supaya rakyat memahami serta mengetahui isu sebenar ingin dilaksanakan.

Ujarnya, perincian itu bukan sahaja perlu dijelaskan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, tetapi turut membabitkan penduduk di Semenanjung bagi mengelakkan keraguan atau tanda tanya.

Menurut Awang Azman, tindakan kerajaan membuat penjelasan secara umum sahaja tidak menerangkan apakah usaha bakal dilakukan itu bertepatan dengan kemahuan rakyat Sabah dan Sarawak serta bagaimana pelaksanaannya.

“Beri perincian apa perlu dipinda, adakah ia berkaitan hak minyak dan petroleum Sarawak, isu hak perairan persisir Sarawak atau membabitkan pemberian autonomi pendidikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Pada masa sama, Awang Azman berkata, kerajaan harus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai kumpulan, termasuk penggiat bidang kepakaran dan orang awam untuk mendapatkan pandangan terbaik.

“Perbincangan bersama kumpulan berfokus ini satu usaha yang baik untuk pastikan apa dibentangkan nanti mendapat hasil lebih konkrit dan tepat,” katanya. - Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

2

Semasa 4 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

3

Semasa 5 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza