web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 177,000 Warga Emas Dijangkiti COVID-19 Setakat 30 September

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 9:53PM

Sehingga 29 September lalu, 3,148,438 (87.4 peratus) warga emas telah lengkap divaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 177,220 warga emas atau 7.9 peratus telah dijangkiti COVID-19 setakat 30 September lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam tempoh sama, sebanyak 106 kluster membabitkan warga emas dilaporkan dengan 3,598 kes positif dan 220 kematian. 

Katanya selain itu, sehingga minggu epidemiologi ke-38 tahun ini, sebanyak 14,248 atau 56.6 peratus kes kematian akibat COVID-19 melibatkan warga emas dilaporkan.

“Walau bagaimanapun, trend ini mula menunjukkan penurunan selaras dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) 2021. 

“Sehingga 29 September, seramai 3,148,438 (87.4 peratus) warga emas telah lengkap divaksin dan seramai 3,365,443 (93.4 peratus) warga emas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham juga berkata setakat 26 September, seramai 19,641 (66.8 peratus) penghuni dan penjaga pusat jagaan warga emas telah menerima dos lengkap dan pemberian vaksin akan diteruskan bagi memastikan golongan berisiko tinggi itu terlindung daripada jangkitan COVID-19.

Beliau berkata fasa dua PICK untuk warga emas dan rentan, yang bermula pada April lepas, mula menunjukkan keberkesanan apabila statistik Hospital Sungai Buloh menyaksikan penurunan ketara kemasukan pesakit warga emas ke hospital bagi kategori empat serta lima berbanding golongan dewasa berumur lingkungan 20 hingga 59 tahun. 

Katanya selari dengan langkah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa, Kementerian Kesihatan komited dalam usaha membangunkan sistem kesihatan negara khususnya untuk memberi sokongan kepada golongan itu.

Dr Noor Hisham berkata langkah itu penting sebagai persediaan mendepani pertambahan jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas dan PBB mengunjurkan Malaysia berdepan penuaan penduduk sekitar tahun 2030 apabila peratusan golongan itu mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi.

Mengulas perkembangan kes harian COVID-19, beliau berkata daripada 10,915 kes baharu, sebanyak 1.3 peratus atau 139 kes adalah kategori tiga, empat dan lima manakala baki 98.7 peratus atau 10,776 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua. 

Katanya sebanyak 15,396 kes sembuh direkodkan hari ini manakala 888 orang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi merangkumi 832 kes disahkan, 56 disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 492 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 380 yang disahkan positif COVID-19 manakala 112 lagi adalah disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Beliau juga berkata 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan empat di tempat kerja, empat komuniti dan dua kumpulan berisiko. - Bernama 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar