web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Karam, 10 Pemancing Dikhuatiri Lemas Di Perairan Pulau Satang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 9:41PM

Maritim Sarawak telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 12 tengah hari tadi setelah menerima laporan mengenai sebuah bot yang dinaiki 10 pemancing karam kira-kira 2 batu nautika dari perairan Pulau Satang. - Gambar dari Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seramai 10 pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dilaporkan karam pada kedudukan kira-kira 2 batu nautika dari perairan Pulau Satang di sini, tengah hari tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa telah dilaktifkan pada 12 tengah hari tadi setelah pihaknya menerima laporan menerusi panggilan MERS 999 daripada seorang pengadu.

“Bot Penyelamat 8 yang sedang beroperasi di sekitar perairan Santubong telah digerakkan ke lokasi kejadian dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Jeti Awam Telaga Air.

“Keadaan laut dan cuaca di lokasi kejadian hari ini sedikit bergelora dengan kelajuan angin 20 hingga 30 kilometer sejam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2.0 meter. Pencarian juga meliputi kawasan 2 batu nautika sehingga 20 batu nautika dari perairan Pulau Satang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata SAR ditangguhkan pada 6.30 petang tadi setelah tiada sebarang petunjuk ditemui dan akan bersambung 7 pagi esok.

Zin Azman turut menasihati komuniti maritim agar membatalkan niat untuk ke laut sekiranya cuaca buruk.

“Sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini kurang baik terutamanya musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula dari Oktober 2021 hingga Mac 2022,” katanya. - Bernama

Dalam pada itu, maklumat mangsa bot karam adalah seperti berikut: 

1. Amri Abdullah (Pemancing) 
2. Mohd Asri Ibrahim (Pemancing)
3. Muhammad Redzuan Rasul (Pemancing)
4. Zaharudin Yusoff (Pemancing)
5. Mohamad Faris Azizan (Pemancing)
6. Mohd. Sahrin Sahir (Pemancing)
7. Mohd Firdaus Mohd Denan (Pemancing)
8. Rais Yahya (Pemancing)
9. Awang Omar Awang Hamsawi (Pembantu Tekong Bot)
10. Baki (Tekong - Kapten Bot) 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar