web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Meninggal Dunia Bukan Kerana Vaksin - Dr Othman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 11:00AM

Dr Othman Warijo - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tiada remaja yang maut akibat pengambilan vaksin COVID-19 di Kedah, tegas Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo.

Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial, mengenai seorang remaja perempuan yang dikatakan meninggal dunia akibat kesan daripada suntikan berkenaan baru-baru ini.

Dr Othman berkata, siasatan segera yang dijalankan pihaknya mendapati, remaja tersebut meninggal dunia akibat 'ruptured thoracic aneurysm', dan tidak memiliki sebarang kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19.

Malah katanya, remaja itu bukanlah pelajar sekolah seperti yang ditularkan, sebaliknya seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah menerima satu dos suntikan vaksin pada 5 September 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Abdul Razak, Baling.

"Remaja tersebut ada mengadu sakit perut pada 19 September 2021 dan telah dirawat di Hospital Baling. Namun begitu pada 25 September iaitu  20 hari selepas divaksin, dia dibawa ke Hospital Baling kerana tidak sedarkan diri.

"Tahap kesihatannya cepat merudum dan kemudian disahkan meninggal dunia. Bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati kematiannya disebabkan 'ruptured thoracic aneurysm' dan tiada kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19," katanya di sini, hari ini.

Dr Othman memberitahu, laporan penuh berkaitan kejadian itu sedang disediakan ketika ini.

"JKN Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga arwah atas kehilangan ini,"

"Jabatan ini menasihati masyarakat umum agar elakkan mempercayai serta menyebarkan berita tidak disahkan dan dapatkan maklumat sahih berkaitan COVID-19 serta vaksin," katanya. - Getaran 1 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad