Berita Terkini

57 minit yang lalu: COVID: 6,630 kes baharu dilaporkan hari ini, kumulatif kes kini 2,420,222 - KP Kesihatan 4 jam yang lalu: Alec Baldwin secara tidak sengaja menembak jurusinematografi, Halyna Hutchins hinggakan wanita itu maut manakala pengarah Joel Souza cedera, di set penggambaran `Rust' 4 jam yang lalu: Terbuka Denmark 2021: Lee Zii Jia mara, Aaron-Wooi Yik tersingkir 4 jam yang lalu: COVID-19: Lelaki Malaysia antara korban terkini di Singapura, semalam 6 jam yang lalu: Orang ramai dinasihatkan peka, buat persediaan awal hadapi banjir - JPS

IKUTI KAMI


Saman 1MDB: Anak Tiri Najib Diarah Fail Pembelaan Sebelum 25 Oktober

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 10:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman US$248 juta terhadapnya.

Saman itu difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya terhadap Riza Shahriz dan dua syarikat miliknya berkaitan atas dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah. 

Semasa dihubungi Bernama, peguam Datuk Hariharan Tara Singh, mewakili Riza Shahriz dan dua syarikatnya sebagai defendan, berkata anak guamnya telah diarahkan oleh mahkamah supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 25 Okt.

“Mahkamah juga menetapkan 9 Nov untuk pengurusan kes selain mengarahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan sebarang permohonan interlokutori sebelum 8 Nov,” katanya selepas pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Syeela Marlina Uttaman.

Hariharan berkata defendan melantik Messrs Scivetti and Associates sebagai peguam cara mereka manakala beliau dilantik sebagai peguam utama dalam saman itu.

1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei melalui Messrs Shearn Delamore & Co, menamakan Riza Shahriz dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.

Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.

Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza Shahriz serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira US$250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.

Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza Shahriz, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.

Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab di atas salah guna dana  itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.

Pada 10 Mei, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan 22 tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan. 

Menurut kementerian itu, writ saman itu difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan. - Bernama

Sorotan

1

Tindakan Tatatertib Kepada Penjawat Awam Enggan Terima Vaksin - KSN

2

Tragedi Set Penggambaran, Pistol Replika Senjata Utama

3

Ronaldo Pakai Salah Jersi, Madame Tussauds Akan Buat Pertukaran

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

DUN Sarawak Dibubar Sehari Dua Lagi?

oleh Rosli Amit

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 tahun Jadi 'Pomen' Basikal Lajak

oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Semasa 21 jam yang lalu

CPF Kelantan Catat Rampasan Lebih RM1 Juta, Serbu 4 Premis 'Online'

oleh Siti Norhidayatidayu Razali

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Banjir Akibat Hujan Lebat 4 Jam

oleh Saliawati Salberi