web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10,317 Individu Muflis Sepanjang PKP - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 6:40PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 10,317 individu diisytihar muflis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Mac 2020 hingga Julai lepas susulan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah individu paling tinggi diisytihar muflis iaitu seramai 2,555 orang, diikuti Wilayah Persekutuan (1,288 orang) dan 792 orang di Johor.

Selain itu, katanya jumlah syarikat yang gulung tikar sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 1,246 kes.

“MdI tidak mempunyai rekod mengenai jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang tempoh PKP memandangkan MdI hanya bertindak untuk mengendalikan pentadbiran kes kebankrapan individu dan pentadbiran kes syarikat yang telah mendapat perintah penggulungan daripada mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu bilangan syarikat gulung tikar dan data pekerja diberhentikan bagi 2020 dan 2021 serta bantuan ekonomi khusus kepada pengusaha yang menamatkan perniagaan dan individu hilang pekerjaan dalam tempoh PKP.

Ismail Sabri berkata berdasarkan input Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan tidak menyediakan bantuan khusus untuk peniaga yang menamatkan perniagaan, sebaliknya mengambil pendekatan memberi bantuan dan insentif untuk menyokong kelangsungan perniagaan mereka.

“Sehubungan itu, pelbagai program dan inisiatif dilaksanakan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan kewangan yang telah diumumkan dengan fokus untuk menyokong perniagaan mereka dan melindungi rakyat,” katanya.

Ismail Sabri berkata antara inisiatif itu ialah Geran Khas Prihatin, Program Subsidi Upah, pengecualian levi, moratorium pembayaran balik pinjaman, skim kredit mikro, elaun mencari pekerjaan, bantuan kehilangan pendapatan dan kemudahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bantuan khas COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad