web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Audit: Bilangan Penumpang Rapid Bus Menurun Pada 2019, 2020

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Sep 2021 2:29PM

Rapid Bus telah merekodkan penurunan jumlah penumpang dengan antara faktor adalah Program Pemutihan Pekerja Tanpa Izin dan pas perjalanan tanpa had My100. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan penumpang bas syarikat Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) bagi tahun-tahun 2019 dan 2020 masing-masing telah mencatatkan penurunan sebanyak sembilan peratus dan 52 peratus, kata Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 Siri 2.

Menurut laporan berkenaan yang dikeluarkan hari ini, syarikat merekodkan sebanyak 159.10 juta penumpang pada 2019  manakala pada 2020 pula, bilangan penumpangnya adalah sebanyak 76.50 juta. 

“Antara faktor yang menyebabkan penurunan penumpang bas adalah Program Pemutihan Pekerja Tanpa Izin dan pas perjalanan tanpa had My100.

“Perkhidmatan bas awam merupakan pengangkutan utama bagi pekerja asing dan Program Pemutihan Pekerja Tanpa Izin telah menyebabkan penurunan penumpang bas dengan ketara,” jelas laporan itu.

Ia juga berkata pas perjalanan tanpa had My100 telah menggalakkan pengguna beralih kepada perkhidmatan pengangkut rel seperti monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Mass Rapid Transit (MRT) kerana pengangkutan rel yang lebih efisien dan tambang yang lebih murah.

Penyediaan tempat letak kenderaan di stesen-stesen MRT juga menyebabkan pengguna lebih cenderung untuk memandu kenderaan sendiri ke stesen MRT berbanding menaiki bas.

Berdasarkan kepada Segmental Report Rapid Bus, semakan audit mendapati perbelanjaan operasi bagi 2017 hingga 2020 berjumlah RM1.7 bilion telah melebihi hasil yang diterima berjumlah RM827 juta, manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pula menunjukkan kerugian sebanyak RM882.46 juta.

“Jumlah hasil hanya 48.4 peratus berbanding jumlah perbelanjaan. Selain itu, hasil tambang bas Rapid KL rendah kerana tidak dikaji semula melebihi 10 tahun,” tambahnya.

Laporan itu turut menyatakan kos alat ganti bas telah mencatatkan peningkatan bagi 2019 kepada RM57.26 juta daripada RM46.81 juta pada 2018 manakala pada 2020, kos alat ganti terus meningkat kepada RM62.16 juta. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar