web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kerakyatan: Rayuan Kerajaan Didengar 15 November Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 7:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 November depan bagi mendengar permohonan kerajaan untuk menggantung perintah mahkamah bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.

Peguam Joshua Andran, yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Maslinda Selamat semalam.

Kerajaan memfailkan permohonan itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 9 September lepas, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan negara ini melalui kuat kuasa undang-undang.

Susulan itu, kerajaan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut .

Akhtar membuat keputusan itu selepas membenarkan saman pemula Persatuan  Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing bagi membolehkan bayi mereka yang dilahirkan di luar negara mendapat kerakyatan negara ini secara automatik

Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Dis tahun lepas, mereka memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk bayi yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.

Antara lain, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. 

Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPN sebagai defendan. Kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin.

Sementara itu, dalam penghakiman setebal 24 muka surat yang dikeluarkan kepada media, Akhtar memutuskan bahawa tidak berlaku penyalahgunaan proses mahkamah berhubung tindakan plaintif memfailkan saman itu terhadap defendan dan plaintif mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

"Melalui hujahan lanjut, defendan telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan locus standi plaintif dalam tindakan ini. Pertama ialah kerakyatan merupakan satu keistimewaan berbanding hak dan oleh itu, plaintif tidak boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan kerakyatan untuk anak mereka. 

"Jawapan ringkas mahkamah kepada hujah ini ialah meskipun pemberian kerakyatan adalah satu keistimewaan, ia perlu dilakukan tanpa diskriminasi," kata hakim itu.

Beliau berkata isu kedua yang dibangkitkan oleh defendan ialah individu yang terjejas adalah kanak-kanak yang tidak diberikan kerakyatan dan bukan ibunya, oleh itu wanita terbabit hanya boleh mengambil tindakan bagi pihak anak mereka.

"Mahkamah mengambil maklum bahawa ibu terbabit telah mengetengahkan kesulitan yang terpaksa mereka hadapi apabila anak mereka tidak mendapat kerakyatan negara ini. 

“Ini termasuk kemasukan ke sekolah, perbelanjaan tambahan dalam pendidikan, penjagaan kesihatan dan banyak lagi masalah lain. Defendan dalam afidavitnya tidak mencabar perkara ini. Jadi, adalah tidak logik untuk berhujah bahawa hanya anak mereka yang terjejas dan bukan si ibu. Tindakan tidak menyangkal kesulitan yang dihadapi plaintif, defendan menerima kesulitan yang dihadapi ibu terbabit sebagai benar dan bukan rekaan semata-mata,” katanya.

Hakim itu berkata isu ketiga yang dibangkitkan oleh defendan ialah plaintif telah menyalahgunakan proses undang-undang dengan membawa perkara tersebut ke mahkamah hanya selepas permohonan mereka untuk mendapatkan kerakyatan ditolak mengikut Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan. 

"Hujah ini boleh diketepikan kerana berdasarkan kekuatan hujah defendan sendiri bahawa plaintif terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas anak mereka tidak mendapat kerakyatan. 

“Sama ada plaintif boleh berjaya dalam tindakan mereka bukan satu kriteria untuk menentukan sama ada mereka mempunyai locus standi atau sebaliknya. Dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa terdapat isu sah yang perlu diputuskan dan plaintif mempunyai kepentingan dalam keputusan membabitkan kesemua isu ini. Oleh itu, semua plaintif mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula ini,” katanya.

Akhtar juga berkata mahkamah tidak berhasrat untuk meminta Kerajaan Persekutuan mengubah dasarnya dalam memberikan kerakyatan. 

“Dasar kerajaan berhubung kerakyatan bayi yang dilahirkan di luar Persekutuan telah diputuskan semasa Perdana Menteri kedua Malaysia,” katanya. 

“Kesulitan yang dihadapi oleh plaintif adalah benar dan defendan tidak sepatutnya membutakan mata serta memekakkan telinga mereka dalam perkara ini dan menyatakan bahawa tidak wujud kesulitan atau diskriminasi.

“Mahkamah sudah menyatakan bahawa diskriminasi terhadap ibu adalah jelas,” katanya.

Akhtar juga merumuskan bahawa Perkara 8(2) berhubung kesaksamaan yang melarang diskriminasi berdasarkan jantina turut bermaksud bahawa perkataan ‘bapa’ dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) hendaklah merangkumi ibu dan bahawa anak mereka berhak mendapat kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar