web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Ke New Zealand: Santhara Saman Ahli Parlimen Batu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:56PM

Santhara Kumar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Batu, P. Prabkaran yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah berhubung lawatan beliau ke New Zealand ketika pandemik COVID-19.

Santhara Kumar, 50, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan N. Krishnan Nair & Co pada 23 Jun lepas dan menamakan Prabkaran, 25, sebagai defendan tunggal.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa defendan telah mengadakan sidang media di luar pekarangan Kedutaan New Zealand pada 17 Mac lepas antara 9.30 pagi hingga 2 petang dengan mengeluarkan maklumat tidak benar dan palsu mengenai tanggungjawab plaintif selaku Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa defendan atau wakilnya telah menyerahkan memorandum kepada Kedutaan New Zealand yang mengkritik kelulusan serta kebenaran yang diberikan kepada plaintif untuk melawat New Zealand dan Prabakaran turut menghubungi pegawai kedutaan itu untuk mengetahui maklumat peribadi serta kebenaran plaintif memasuki negara tersebut.

Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau telah menceroboh dan masuk ke New Zealand secara tidak sah tanpa mematuhi serta menghormati undang-undang negara itu dan pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan sewajarnya ke atas pencerobohan dan salah laku plaintif.

Santhara Kumar juga mendakwa Prabakaran telah menghadiri satu sidang media secara langsung pada 28 Mei lepas, memaklumkan kepada umum bahawa defendan menerima notis perundangan daripada peguam plaintif dan mengkritik serta mendakwa plaintif membuli, bersikap tidak adil serta menakutkan defendan sebagai seorang ahli politik muda.

Oleh itu, plaintif memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada mengeluarkan kenyataan secara lisan atau bertulis, atau menerbitkan semula kenyataan media berunsur fitnah terhadap plaintif.

Beliau juga menuntut ganti rugi am, teladan, teruk dan pampasan serta permohonan maaf defendan dan penarikan balik kenyataan itu yang perlu disiarkan di tiga akhbar harian berbahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil serta memuat naik permohonan maaf di laman Facebook dan YouTube defendan.

Prabakaran, yang memfailkan pembelaan pada 8 Sept lepas, pula mendakwa kenyataannya langsung tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan imej atau reputasi plaintif dalam kalangan rakyat Malaysia dan luar negara.

Beliau juga mendakwa memorandum yang diserahkan hanya mengandungi persoalan dan memerlukan pihak berkuasa New Zealand atau kedutaan negara itu untuk menjawab tentang prosedur yang telah diikuti oleh plaintif untuk membenarkannya memasuki New Zealand sedangkan negara itu merupakan antara yang dikawal ketat oleh pihak imigresen daripada sebarang kemasukan orang luar sepanjang tempoh pandemik COVID-19. 

Menerusi carian sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 13 Oktober ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad