web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceroboh Hutan Simpan, 11 Individu Hendak Berkelah Ditahan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:44PM

Kenderaan pacuan empat roda yang ditahan selepas memasuki HSK tanpa kebenaran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK - Tindakan 11 individu memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) dipercayai untuk berkelah, membawa padah apabila kesemua mereka ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Perak, awal pagi hari ini.

Mereka yang menaiki lima kenderaan pacuan empat roda itu ditahan pada jam 1 pagi di dalam Hutan Simpan Amanjaya di sini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan aktiviti pemanduan lasak di dalam Hutan Simpan Amanjaya dan Hutan Simpan Temenggor, di sini, semalam.

Katanya, penguatkuasa kemudiannya menjalankan kerja-kerja pemantauan di kawasan disyaki dan berjaya menahan 10 lelaki serta seorang wanita menaiki lima kenderaan pacuan empat roda di HSK berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mereka memasuki Hutan Simpan Amanjaya dan sedang dalam perjalanan ke Hutan Simpan Temenggor bagi tujuan aktiviti perkelahan. 

“Kesemua individu berkenaan didapati melakukan kesalahan kerana memasuki HSK tanpa kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak, malah gagal mengemukakan dokumen kebenaran memasuki HSK,” katanya di sini, hari ini.

Mohamed Zin berkata, susulan insiden, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Gerik, sebelum kesemua individu berkenaan yang ditahan untuk siasatan dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 47(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu kesalahan memasuki HSK tanpa permit.

Seksyen terbabit jelas beliau, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
 
“Jabatan Perhutanan Negeri Perak ingin memberi peringatan kepada mana-mana individu dan orang awam, bahawa semua aktiviti rekreasi di dalam HSK adalah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Jabatan akan tetap menguatkuasa Akta Perhutanan Negara 1984 melalui pemantauan dan rondaan yang dibuat walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan,” katanya. - Getaran, 27 September 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad