Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Hanya 27 Peratus Graduan Bumiputera Terima Tawaran Kerja - TERAJU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 5:47PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan besar terhadap kesihatan, keselamatan, rutin kehidupan dan sosial masyarakat, tetapi turut menjejaskan peluang pekerjaan dalam kalangan Bumiputera.

Menurut kajian bertajuk Kesan Pandemik Terhadap Peluang Pekerjaan Di Kalangan Graduan Bumiputera dijalankan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), situasi itu dapat dilihat apabila hanya kira-kira 27 peratus atau 73,400 graduan Bumiputera memperoleh tawaran peluang pekerjaan dalam sektor swasta pada tahun 2020, berbanding 40 peratus atau 103,900 pada 2019.

Kajian dijalankan Unit Penyelidikan, Analitik dan Teknologi Maklumat (RAIT) itu mendapati, kesan terbabit berpunca daripada pengurangan peluang pekerjaan di pasaran pada kadar 29.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan.

“Sekiranya diteliti, pengurangan peluang pekerjaan ini disebabkan negara sedang dilanda pandemik COVID-19,” kata hasil dapatan kajian.

Jurucakap TERAJU berkata, dapatan tersebut diperoleh melalui dua kaedah, iaitu mengenal pasti saiz graduan Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dengan membandingkan antara tahun serta komposisi kaum bagi melihat impak sebenar COVID-19 kepada graduan ketika ini.

Kaedah kedua pula katanya, membabitkan kajian dengan meneliti ketidaksamaan dalam peluang pekerjaan bagi tahun sama dan membandingkannya bersama bilangan graduan Bumiputera dihasilkan pada tempoh sama.

“Bagi mendapatkan perolehan, kajian itu menggunakan sumber sekunder membabitkan laporan kaji selidik kadar pengangguran, statistik Bumiputera 2020 dan statistik pekerjaan suku keempat 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (JPM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKSM) serta Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Berdasarkan data dan maklumat graduan dari IPTA dan IPTS, saiz graduan Bumiputera yang dihasilkan meningkat seramai 259,659 atau 84 peratus, diikuti Cina seramai 35,904 (12 peratus) dan India seramai 12,055 (empat peratus) bagi tempoh 2017 sehingga 2020,” katanya.

Pada masa sama, kajian TERAJU yang memetik sumber Statistik Graduan Jabatan Statistik Malaysia (JSM) 2020 pula mendapati, jumlah siswazah menganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 pada 2020, berbanding 165,200 tahun sebelumnya dengan 70 peratus daripadanya adalah graduan Bumiputera.

“Berdasarkan kajian statistik berkenaan, sebahagian besar jumlah graduan menganggur ini terdiri daripada golongan B40 dan M40 yang bergantung kepada gaji serta upah sebagai sumber pendapatan utama mereka.

“Mengambil kira keadaan ini, graduan institusi pendidikan terutamanya Bumiputera, sangat terdedah kepada kejutan ekonomi negatif disebabkan kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Ini kerana jurang agihan pendapatan Bumiputera adalah besar berbanding sumber kewangan mereka yang terhad,” katanya.

Jurucakap itu memaklumkan, kajian khas berkaitan kesan COVID-19 terhadap saiz graduan Bumiputera dan bukan Bumiputera IPTA serta IPTS dijalankan JPM pada tahun lalu juga mengesahkan, institusi pengajian tinggi (IPT) mengeluarkan hampir 270,000 graduan Bumiputera, iaitu peningkatan hampir 10 peratus berbanding 2018.

Hasil keluaran graduan itu jelasnya, selari dengan pertumbuhan jumlah graduan di Malaysia, iaitu seramai 316,000 yang diunjurkan pada 2020, berbanding hanya hampir 300,000 pada 2018 dengan peningkatan sebanyak 5.4 peratus dari 2018.

Sumber JPM juga mendapati, corak penawaran pekerjaan mula menurun secara keseluruhan, bermula dari suku ketiga 2019 sehingga suku keempat 2020.

“Tawaran peluang pekerjaan dalam kategori mahir menjunam secara drastik kepada 3,600 pada suku kedua 2020, berbanding lebih 12,000 pada suku sama 2019, iaitu penurunan sebanyak 70 peratus,” katanya.

Susulan keadaan itu, TERAJU sudah merangka beberapa inisiatif bagi memperkasakan dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pasaran tenaga kerja mahir, selaras hala tuju Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB2030) yang bakal dilancarkan.

“Sebagai sebuah agensi penyelaras utama dalam pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, TERAJU menubuhkan Pusat Kecemerlangan Bumiputera (CoE) bagi menyediakan pendidikan dan latihan bermula dari usia awal kanak-kanak sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

“Kita (TERAJU) turut menubuhkan program pembangunan profesional, seperti program celik kewangan, keusahawanan dan kursus pelbagai disiplin untuk Bumiputera,” katanya. - Getaran, 27 September 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Google - M'sia Jalin Kerjasama Wujud 300,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2026

2

TARA 7 bulan yang lalu

Jom Tayang Jari Berdakwat Biru, Rebut 10 Tawaran F&B Sempena PRN

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Sasaran Lantikan Tetap Termasuk Pegawai Perubatan Tamat Latihan Siswazah Berdaftar

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Pengerusi SKMM Tak Pernah Hantar Emel Tawar Bantuan Pindah Hadiah Kemenangan

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Luar Negara 1 jam yang lalu

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

Sukan 8 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Semasa 1 jam yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke