web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Lawat Projek Battersea

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 7:51AM

Agong dan Raja Permaisuri mendengar penerangan mengenai Stesen Janakuasa Battersea, yang merupakan projek usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, KWSP dan PNB sejak 2012. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat Stesen Janakuasa Battersea, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di ibu kota London semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 11 pagi (waktu tempatan) disambut barisan kepimpinan Battersea Project Holding Company dan wakil kepimpinan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Sime Darby Property dan SP Setia Berhad. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Zakri Jaafar.

Projek hartanah berkeluasan 16.99 hektar itu merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, KWSP dan PNB sejak 2012.

Dalam lawatan selama dua jam itu, Seri Paduka berdua berkenan menerima persembahan taklimat mengenai perkembangan terkini projek hartanah berkenaan yang membabitkan nilai pembangunan kasar berjumlah 9 billion pound.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa berangkat meninjau fasa perumahan yang telah siap dibina dan turut berkenan mendedahkan plak peringatan bagi memperingati lawatan Baginda berdua ke projek hartanah ini,” menurut Istana Negara menerusi kenyataan di laman Facebook.

Lawatan itu adalah antara atur cara sempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke United Kingdom (UK) selama 10 hari bermula 17 September.

Atur cara lawatan khas itu turut diisi dengan lawatan ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford serta pertemuan antara Seri Paduka berdua bersama komuniti rakyat Malaysia di London.

“Yang di-Pertuan Agong turut dijadual berangkat menghadiri Sandhurst Reunion Dinner di Royal Military Academy Sandhurst. Seri Paduka Baginda pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979,” menurut kenyataan itu.

Seri Paduka turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Sir General Nicholas Carter yang akan menyentuh hubungan kerjasama ketenteraan dua hala Malaysia dan United Kingdom.

Usai lawatan khas itu, Seri Paduka berdua berkenan beristirahat di London bermula dari 27 September dan dijadual berangkat pulang ke tanah air pada 23 Oktober.

Lawatan khas itu merupakan kali kedua bagi Seri Paduka ke UK sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dengan lawatan khas pertama diadakan tujuh hari bermula pada 9 Dis 2019. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad