Berita Terkini

33 minit yang lalu: Tokyo Disneyland adakan program Halloween selepas 2 tahun program besar ditangguhkan 34 minit yang lalu: Sekatan 'dine in' di restoran di Osaka dan Tokyo, ditarik balik 36 minit yang lalu: Penambahbaikan kemudahan di beberapa sekolah di Sarawak giat dijalankan - Radzi 37 minit yang lalu: Kerja pengoptimuman menara komunikasi di Padang Besar, Perlis dimulakan hari ini 43 minit yang lalu: Kanak-kanak bawah 18 tahun dikecualikan syarat vaksin untuk kemasukan ke Amerika Syarikat

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Dipukul Rakan Angkara Perselisihan Faham

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 9:30PM

Anggota Polis dari unit Forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian di tepi jalan hadapan sebuah kedai runcit di Changkat Minden Height Gelugor kira-kira pukul 2.30 petang tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan lebam dipercayai selepas dipukul rakannya akibat perselisihan faham di hadapan sebuah kedai runcit di Changkat Minden Height, Gelugor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihak polis mulanya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan berlaku kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut pada 2.30 petang.

"Pegawai penyiasat trafik yang ke lokasi kejadian telah membuat pemeriksaan awal di situ dan mendapati tiada unsur berlaku kemalangan seperti yang dimaklumkan kepada pihak polis, namun beliau percaya telah berlaku kes jenayah sehingga menyebabkan seorang lelaki berusia 52 tahun meninggal dunia.

“Lelaki yang ditemui bersebelahan dengan motosikalnya itu dipercayai dipukul kerana terdapat kesan kecederaan lebam di dahi sebelah kiri dan luka di belakang telinganya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata seorang saksi kemudiannya memberitahu bahawa lelaki itu dipukul rakannya kerana mereka bergaduh berikutan perselisihan faham selepas si mati mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suspek.

Soffian berkata menurut saksi, lelaki itu jatuh terbaring di sebelah motosikalnya di tepi jalan raya di situ dan beberapa pengguna jalan raya yang melihat kejadian memberikan bantuan awal termasuk mengalihkan lelaki itu ke kedai runcit berhampiran.

Katanya polis sedang memburu seorang suspek lelaki berusia 42 tahun yang telah dikenal pasti, yang bertindak melarikan diri.

"Berdasarkan siasatan, dua buruh itu merupakan kawan baik dan mereka selalu berada di kawasan itu untuk melepak dan minum bersama. Suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana marahkan lelaki itu yang mengeluarkan kata-kata tidak elok dan kesat kepadanya," katanya.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan setakat ini polis menklasifikasikan kes itu sebagai bunuh, disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Mahkamah Benarkan Permohonan Pasport Shafee Ke New York

2

Laksanakan Semula Program Sarapan Pagi Percuma - Dr Maszlee

3

‘Hari Gelap’: Solskjaer Kesal Selepas Dimalukan Liverpool

4

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Larangan Merokok Di Premis Makanan Wajar Dipantau Berkala - Pakar

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Berkaitan Pilihan Raya Dilarang Mulai Esok Hingga 27 November - Khairy

Sukan 23 jam yang lalu

Verstappen Sekat Kemaraan Hamilton Untuk Menang GP AS

Sukan 1 jam yang lalu

Muthu Dakwa Masih Presiden POS