web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar IPT Terima Vaksin Menjelang Akhir Oktober

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 2:24PM

Pelajar dan kakitangan IPT yang masih belum menerima vaksin COVID-19 boleh walk in di mana-mana PPV dengan hanya membawa kad pelajar atau kad pekerja bersama kad pengenalan diri atau pasport. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendaftar untuk pengambilan imunisasi vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera sehingga kini akan menerima suntikan itu menjelang akhir bulan depan.

Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil, berkata setakat ini, seramai 73 peratus pelajar IPT sudah divaksinasi.

Katanya, KPT menjangkakan angka peratusan itu terus meningkat susulan program pemberian vaksin ‘walk in’ yang dilaksanakan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada pelajar serta kakitangan IPT.

“Justeru, kita menyeru pelajar dan kakitangan IPT yang masih belum menerima vaksin COVID-19 untuk segera berbuat demikian di mana-mana PPV dengan hanya membawa kad pelajar atau kad pekerja bersama kad pengenalan diri atau pasport.

“Bagi pelajar baharu, mereka cuma perlu mengemukakan surat tawaran kemasukan IPT diterima mereka bersama kad pengenalan atau pasport,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Peroperasian Semula IPT bertemakan Mesti Menang yang diadakan secara maya.

Turut hadir pada program itu adalah Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri.

Mohd Suzeren berkata, KPT turut memantau status vaksinasi pelajar yang dijalankan IPT secara berkala bagi memastikan jumlah penerima imunisasi berkenaan meningkat sebelum kampus dibuka pada 15 Oktober 2021.

Pada 14 September lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan bahawa kemasukan semula pelajar IPT ke kampus bagi sesi pengajian 2021/2022 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober ini, membabitkan mereka yang sudah melepasi tempoh matang vaksinasi.

Keputusan itu, jelasnya, dilaksanakan selepas mengambil kira input diperoleh KPT ketika sesi libat urus bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM, pengurusan universiti awam, pengurusan IPT swasta, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan wakil kesatuan mahasiswa.

Pada masa sama jelas beliau, keputusan itu diambil sebagai usaha memastikan kelestarian kualiti pendidikan tinggi negara, malah demi keselamatan dan kebajikan pelajar di kampus.

Ketika menjawab persoalan adakah keutamaan kelas bersemuka akan diberikan kepada pelajar daripada kursus atau program tertentu, contohnya aliran sains yang memerlukan kemudahan makmal, Mohd Suzeren berkata perkara terbabit bakal ditentukan IPT masing-masing.

“Kumpulan pelajar yang akan kembali secara bergilir bakal ditentukan IPT dan pada peringkat awal kemasukan ke kampus, fokus diberikan kepada pelajar berkeperluan.

“Fakulti pula akan menentukan program apa sesuai untuk bersemuka kerana dalam situasi COVID-19 yang masih belum pulih, proses pembelajaran harus dikendalikan menerusi kaedah fizikal dan talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Jadi fakulti yang tetapkan apa program di bawah aliran sains atau swasta akan dijalankan menerusi kaedah fizikal atau talian,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Amir Asyraf berkata, keputusan KPT berhubung kemasukan semula mahasiswa ke kampus, disambut baik memandangkan mereka sudah mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara talian selama tiga semester yang menyaksikan pelbagai cabaran dihadapi.

Jelasnya, langkah proaktif diambil KPT untuk membuat persediaan dan memperkasakan SOP sebaik mungkin sebelum pelajar kembali ke kampus, mampu membentuk komuniti selamat dalam kalangan warganya.

Muhammad Amir Asyraf berkata, keputusan KPT itu juga mewujudkan situasi ‘menang-menang’ kepada semua mahasiswa, apabila mereka diberi pilihan sama ada mahu kembali ke kampus atau kekal di rumah untuk mengikuti kelas secara dalam talian.

“Ada pelajar tidak boleh pulang ke kampus atas sebab tertentu, manakala ada yang mahu balik kerana tiada persekitaran baik atau akses bagus untuk mengikuti PdP secara maya.

“Jadi pilihan diberikan KPT kepada mahasiswa sama ada mahu terus belajar di rumah atau kembali ke kampus dalam pandemik COVID-19 disambut baik,” katanya.

Menurut Muhammad Amir Asyraf berkata, usaha kerajaan menawarkan vaksinasi secara walk in kepada mahasiswa bukan sahaja mampu membuatkan mereka merasa selamat untuk kembali ke kampus, malah mempercepatkan usaha negara mencapai imuniti kelompok.

“Saya menyeru rakan mahasiswa supaya menjalankan tanggungjawab untuk memerangai pandemik dengan mendapatkan vaksin segera. MPPK tidak bersetuju pelajar dan kakitangan anti vaksin dibenarkan kembali ke IPT kerana berisiko kepada warga kampus.

“KPT dan IPT sudah buat yang terbaik dengan memperhalusi dan meneliti SOP paling sesuai demi keselamatan mahasiswa, jadi kini bergantung kepada diri pelajar sendiri untuk memainkan peranan mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad