Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Thailand Belum Buat Keputusan Mengenai Sajat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 7:34AM

Muhammad Sajjad - Gambar dari Bangkok Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand sedang mempertimbangkan untuk menghantar pulang pengusaha kosmetik Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang melarikan diri ke Thailand dan didakwa pihak berkuasa Thailand atas kesalahan imigresen.

Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Mejar Jeneral Achayon Kraithong berkata, Muhammad Sajjad ditahan kerana masuk secara haram.

"Ada banyak prosedur (untuk hantar pulang Muhammad Sajjad) ... kita perlu mengikuti undang-undang imigresen. Sama ada untuk menghantar (Muhammad Sajjad) balik atau tidak, ia masih dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Bagaimanapun, Bernama difahamkan pihak berkuasa Thailand masih belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa Malaysia.

Muhammad Sajjad ditahan pegawai imigresen Thailand pada 8 September kerana pasport tidak sah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM8,343 pada 10 September.

Pada Selasa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama Kementerian Luar dan pejabat Peguam Negara untuk proses mengekstradisi ahli perniagaan kosmetik itu ke Malaysia.

Muhammad Sajjad diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Media melaporkan Muhammad Sajjad telah memohon status pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian dan sedang mengintai untuk pindah ke Australia.

Sementara itu, Thailand mengulangi bahawa kes Muhammad Sajjad akan dikendalikan mengikuti lunas undang-undang negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata "kami tangani kes ini berlandaskan kemanusiaan dan undang-undang".

Sementara itu, penyelidik Human Rights Watch Thailand Sunai Phasuk berkata Muhammad Sajjad diakui sebagai pelarian oleh UNHCR.

Katanya, adalah menjadi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa Thailand dan tidak boleh membahayakan Muhammad Sajjad. 

"Thailand tertakluk di bawah prinsip peraturan antarabangsa, tiada penghantaran pulang paksa yang melarang menghantar pulang seseorang ke negara di mana mereka mungkin menghadapi pendakwaan atau penganiayaan serius," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Semasa 6 jam yang lalu

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Rugi Orang Kedah Tak Tanam Harumanis

oleh Rafisqi Radhi