Berita Terkini

40 minit yang lalu: COVID: Tujuh kluster baharu dikenal pasti, kluster aktif kini 506 - KP Kesihatan 50 minit yang lalu: COVID: 5,726 kes baharu hari ini, jumlah kumulatif kes kini 2,442,224 - KP Kesihatan 50 minit yang lalu: COVID: 5,607 kes sembuh dilapor hari ini, 598 dirawat di ICU dengan 308 kes perlukan bantuan pernafasan - KP Kesihatan 1 jam yang lalu: Nestlé Malaysia sasar kutip 25 tan bahan kitar semula sebulan 3 jam yang lalu: Sektor perladangan sawit akan terima 32,000 pekerja asing dengan SOP ketat

IKUTI KAMI


Tiada Kes COVID-19 Babitkan Pelancong Di Langkawi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 5:22PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tiada kes positif COVID-19 dilaporkan setakat ini membabitkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi sejak pulau itu dibuka untuk gelembung pelancongan pada 16 September lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata setakat ini kes jangkitan wabak itu hanyalah melibatkan dalam kalangan penduduk tempatan di pulau berkenaan sahaja.

"Ini disebabkan oleh kejayaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP)...kejayaan di peringkat saringan di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), apabila lima orang terpaksa tunda perjalanan bila disahkan positif COVID-19.

''Mereka (yang positif) dah sangkut di tempat saringan, belum sampai ke Langkawi, ini bermakna SOP dilaksanakan dengan baik," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Azhar Ibrahim (PAS-Ayer Hitam) yang ingin tahu mengenai kesan pelaksanaan SOP kepada pelancong di Langkawi dalam sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sementara itu Mohd Firdaus berkata, seramai 200,000 pelancong diunjurkan memasuki Langkawi sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata kejayaan gelembung pelancongan di Langkawi yang menjadi perintis menunjukkan perkembangan positif apabila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  mengumumkan tiga destinasi pelancongan lain, Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan turut dibuka bermula 1 Oktober ini.

Sementara itu, katanya pembukaan Jeti Kuala Kedah yang menjadi antara laluan utama ke Langkawi esok juga akan memberi manfaat kepada penduduk di Kedah termasuk di bahagian tanah besar.

"Ketika jeti ini ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum ini, kesannya memang terasa kerana pelancong terpaksa dilencongkan ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi.

Apabila jeti itu kembali dibuka esok, kita akan melihat rakyat di Kuala Kedah akan turut dapat menikmati kesan pembukaan Langkawi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tak Tahan Dengan Isteri, Lelaki Minta Dipenjarakan

2

Mahkamah Benar Najib Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura

3

Warga Malaysia Di Singapura Mahu Pulang, Namun Berbelah-Bahagi

4

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Edar Syabu, 2 Sahabat Dihukum Mati

oleh Ardyhansah Amat

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Tindakan, Guru Wajar Patuhi Pekeliling 

oleh Farhana Farush

Semasa 1 jam yang lalu

Salah Laku Tadbir, Hanya Satu GLC Pahang Terlibat - MB

oleh Nik Khaleef Fitri

Sukan 1 hari yang lalu

Verstappen Sekat Kemaraan Hamilton Untuk Menang GP AS