web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebakaran Kabel 132KV Bawah Jambatan Pulau Pinang Disiasat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 8:32AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kebakaran kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang  di Kilometer 3.2, semalam adalah melibatkan kabel 132kV dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tengah ke Bayan Mutiara.

Ketua Pegawai Grid TNB Datuk Ir. Husaini Husin berkata kebakaran itu dikesan berlaku sekitar 4 petang dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

"TNB bekerjasama rapat dengan pihak polis, bomba dan PLUS bagi mengawal kebakaran supaya aliran trafik di Jambatan Pulau Pinang kembali lancar. Kami memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat kejadian itu," katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya bekalan elektrik TNB kepada semua pengguna di Pulau Pinang masih stabil dan proses baik pulih kerosakan kabel yang terjejas akan dijalankan dengan segera.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi talian TNB CareLine 15454 sekiranya terdapat sebarang kejanggalan kepada pepasangan TNB.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa  Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari ketika dihubungi berkata  kebakaran itu mengakibatkan tiga litar di bawah Jambatan Pulau Pinang tersebut terputus namun tiada gangguan elektrik kerana terdapat empat lagi litar di bawah air (kabel dasar laut) yang tidak terjejas.

"Masih terlalu awal untuk mengetahui sejauh mana kerosakan pada litar kerana pihak Jambatan Pulau Pinang perlu melakukan pembaikan sebaik sahaja ia selamat dan tidak ada lagi asap.Kita perlu menunggu lebih banyak maklumat daripada pihak berkaitan," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati sehingga 8 malam ini, kesesakan teruk masih berlaku di kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang berikutan beberapa lorong di situ ditutup bagi membolehkan pihak bomba menjalankan kerja pemadaman dari kawasan laut iaitu di bawah jambatan tersebut.

Sebelum ini, pada September 2010, kejadian sama berlaku apabila tiga kabel kuasa terbakar di Jambatan Pulau Pinang, mengakibatkan gangguan elektrik di kawasan pulau terutamanya di Bayan Lepas. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 53 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad