web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Aktiviti Keagamaan Kedah Perlu Disemak Semula - Sultan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 11:47AM

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan supaya prosedur operasi standard (SOP) melibatkan aktiviti keagamaan di negeri ini, disemak semula.

Titah baginda, langkah itu bagi memastikan SOP berkenaan lebih menyeluruh dan sesuai dengan situasi semasa.

"Menyedari hakikat kita akan melangkah ke fasa endemik, beta menyeru satu perancangan teratur dan jelas dapat diambil oleh kerajaan negeri dalam hal ehwal melibatkan aktiviti keagamaan.

"Beta berkehendak syiar Islam di bumi Kedah terus subur dan bersemarak," titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Kedah ke-14 di sini, hari ini.

Sementara itu baginda bertitah, pelantikan kepimpinan baharu menerusi proses rundingan tertutup berikutan kemelut dan pergolakan politik di peringkat Persekutuan baru-baru ini, bukanlah satu penyelesaian mutlak.

Titah baginda, keadaan itu hanyalah satu langkah kecemasan dalam menghadapi masalah lebih besar.

"Tempoh sehingga sebelum pilihan raya seterusnya adalah satu tempoh kritikal dan memerlukan semua pihak khususnya semua ahli politik, untuk menangani masalah kesihatan dan ekonomi yang melanda.  

"Negara dan negeri ini dalam tempoh genting sekarang yang memerlukan ahli politik berjiwa besar dan meletakkan masa depan negara serta negeri melebihi kepentingan parti serta peribadi, lebih tepat lagi, ahli politik yang berjiwa negarawan," titah baginda.

Dalam titah sama, Sultan Sallehuddin turut menyeru semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini, ditransformasikan melalui penstrukturan lebih konstruktif dan telus, dengan penekanan perlu diberi kepada perancangan strategik serta pelan perniagaan yang lebih selari dengan iklim ekonomi semasa.

Baginda berpandangan, GLC tidak akan berdaya maju dan mampan sekiranya terus bergantung kepada projek dan ihsan kerajaan ketika dunia sedang berubah ke arah ekonomi yang liberal dan terbuka.

"Kerjasama dalam bidang yang dijangka menjadi 'spearhead' dalam arus ekonomi semasa seperti teknologi hijau, artificial intelligence (AI), infrastruktur 5G dan ekonomi digital, wajar diterokai.

"Selain itu pemilihan kepimpinan tertinggi sesebuah GLC perlu diberi perhatian khusus. Individu yang menyandang posisi utama hendaklah dalam kalangan yang berwibawa dan berwawasan dengan kepakaran, pengalaman serta pengetahuan luas perlu dijadikan merit pelantikan kepimpinan tertinggi sesebuah GLC," titah baginda.

Sultan Sallehuddin dalam masa sama turut menyeru agar kerajaan negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor supaya memikirkan langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah ekonomi dan tekanan emosi rakyat.

"Jika ketika ini rakyat marah dan melontarkan pelbagai kritikan, anggaplah itu sebagai lumrah dan cabaran," titah baginda. - Getaran 20 September 2021.

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 9 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad