web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Sahkan 3 Pegawai Kanannya Ditahan Salah Guna Kuasa, Menyeleweng

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 11:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan terbabit dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan, dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan suruhanjaya itu.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan suruhanjaya ini akan membuat siasatan secara menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu, kerana ia akan menjejaskan siasatan.

“Kesemua individu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 September hingga semalam.

“SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah, serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya mengambil maklum mengenai penularan berita berkenaan di media sosial, yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman.

“Setakat ini, polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan berlaku kecurian barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta), milik seorang individu yang pernah disiasat,” katanya dalam kenyataan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad