web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sungai Pisang Ditutup, Lokasi Berkelah Sunyi Sepi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 5:54PM

Laluan masuk ke Sungai Pisang dihadang riben dan dinaikkan papan tanda memberitahu pengunjung kawasan itu ditutup buat orang ramai. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Dua hari lalu Sungai Pisang tular di media sosial apabila dibanjiri puluhan ribu warga kota yang berpusu-pusu mengunjungi lokasi riadah terbabit.

Lambakan pengunjung menjadikan lokasi perkelahan tersebut padat dan sesak, sekali gus melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ia dipercayai susulan kepada kebenaran beriadah oleh kerajaan, selepas seluruh Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor diisytiharkan sebagai kawasan Fasa Dua di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tinjauan Getaran di Sungai Pisang hari ini bagaimanapun mendapati, lokasi tumpuan pelancong itu sunyi sepi selepas ditutup sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

Sebuah khemah yang ditinggalkan oleh pengunjung. - Gambar oleh Syeda Imran
Sebuah khemah yang ditinggalkan oleh pengunjung. - Gambar oleh Syeda Imran

Kedatangan kami bagaimanapun disambut pandangan memualkan, membabitkan longgokan sampah yang ditinggalkan pengunjung di sepanjang laluan utama ke kawasan air terjun

Sisa makanan, lampin pakai buang bayi, bungkusan minuman, kotak rokok dan plastik sampah antara yang ‘menghiasi’ lokasi yang terlindung oleh Hutan Simpanan Kekal (HSK) Ulu Gombak itu.

Sampah sarap yang mencemar persekitaran Sungai Pisang. - Gambar oleh Syeda Imran
Sampah sarap yang mencemar persekitaran Sungai Pisang. - Gambar oleh Syeda Imran

Ia menimbulkan rasa berang pelbagai pihak, termasuk aktivis alam sekitar yang turut mempertikaikan tahap kesedaran sivik orang ramai kerana disifatkan masih jauh ketinggalan.

Apa tidaknya, tatkala negara berada di ambang kemajuan, mentaliti masyarakat jelas masih kuno, apabila langsung tidak mengambil berat aspek kebersihan alam sekitar.

Justeru, tindakan JPNS segera menutup kawasan ini daripada terus ‘dinodai’ ada hikmahnya.

Berdasarkan pemerhatian, jabatan berkenaan turut memasang papan notis larangan masuk di beberapa lokasi termasuk pintu utama ke Sungai Pisang iaitu di Zoom Bamboo Rimba.

Pintu masuk itu turut dijaga tiga penguat kuasa JPNS selain menjadi pusat rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelakkan orang ramai masuk tanpa kebenaran.

Semalam Getaran melaporkan, lokasi tumpuan membabitkan kawasan air terjun yang terletak dalam Taman Eko Rimba, denai dan jalur pendakian dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor masih ditutup kepada umum.

Susulan arahan, 20 kawasan air terjun yang terletak di dalam kawasan Taman Eko Rimba dan HSK sebenarnya masih belum boleh dikunjungi orang ramai terutamanya di negeri Selangor.

Berdasarkan senarai yang diberikan kepada Getaran, terdapat 10 lokasi air terjun di dalam Taman Eko Rimba (TER) masih ditutup iaitu TER Gunung Nuang; TER Sungai Tekala; TER Sungai Congkak; TER Ampang; TER Kota Damansara; TER Komanwel; TER Templer; TER Kanching; TER Sungai Tua dan TER Sungai Sendat.

Selain itu, ia juga turut menyenaraikan 10 kawasan hot-spot air terjun yang terletak dalam HSK yang masih ditutup iaitu Air Terjun Ulu Perdik; Lepoh; Lubuk Tedung atau Sofea Jane; Sungai Pisang; Kanching; Setinggi; Medang; Macau; Sungai Chiling dan Lubuk Kawah. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Sekolah Di Terengganu Ditutup Kerana Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini Untuk Larian Maraton

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Papua New Guinea: Letusan Gunung Berapi Sebabkan Penerbangan Batal, Lapangan Terbang Ditutup

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekolah Boleh Ditutup Tanpa Kelulusan PPD Jika Bacaan IPU Lebih 200

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad