web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasaraya Mydin Manjoi Ditutup Sementara Untuk Sanitasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 1:13PM

Pasaraya Mydin Manjoi ditutup sementara bagi membolehkan proses sanitasi dan disinfeksi bermula semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Operasi pasaraya besar Mydin Manjoi di sini ditutup sementara bagi proses sanitasi dan disinfeksi bermula semalam.

Jurucakap Mydin berkata, pihaknya dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalankan kedua-dua prosedur itu.

Katanya, ia berikutan terdapat pengesanan kes positif COVID-19 di pasaraya berkenaan.

Menurut jurucakap tersebut, individu yang dikesan positif itu sedang mendapatkan rawatan manakala kontak rapat sudah dikenalpasti dan dikuarantin.

“Prosedur disinfeksi dan sanitasi menyeluruh sudah dijalankan Mydin Manjoi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

“Bagaimanapun, tarikh pembukaan semula dan waktu operasi pasaraya itu akan diumumkan kelak selepas mendapat kebenaran daripada KKM,” katanya hari ini.

Menurut jurucakap itu, kesihatan dan keselamatan petugas serta komuniti akan terus menjadi keutamaan, justeru kerjasama orang ramai amat diharapkan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - Getaran, 17 September 2021

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 48 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad