Berita Terkini

9 jam yang lalu: Perdana Menteri ditahan, Sudan isytihar darurat 9 jam yang lalu: SPRM Selangor tahan tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) 9 jam yang lalu: Rexy Mainaky dilantik semula sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan - BAM 13 jam yang lalu: LKIM Kedah akan mewujudkan stok penimbal ikan sejuk beku (Q-Fish) 14 jam yang lalu: China tunda marathon Beijing susulan peningkatan jangkitan coronavirus

IKUTI KAMI


Tak Semua Sekolah Dibuka 3 Oktober Ini, Ikut Fasa PPN

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 8:10AM

Pembukaan sekolah secara bersemuka akan dilakukan secara berperingkat, mengikut fasa PPN di seluruh negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa  pembukaan sekolah di seluruh negara adalah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata jika negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN maka tidak ada sekolah yang dibuka di negeri terbabit.

Beliau menjelaskan perkara itu kerana KPM mendapati masih ada yang mengganggap semua sekolah di seluruh negara akan dibuka pada 3 Okt ini, meskipun perincian mengenainya sudah dijelaskan semalam.

Radzi berkata dapatan itu dikenal pasti hasil pemantauan beliau terhadap maklum balas yang diutarakan melalui pelbagai platform termasuk di media sosial berkenaan pengumuman pembukaan sekolah semalam.

“Pada maklum balas yang kami lihat secara langsung atau pun melalui media termasuklah media sosial, kita dapati ada yang masih mengganggap seolah-olah pada 3 Okt ini, semua sekolah di seluruh negara akan dibuka,” katanya dalam video penjelasan pengoperasian sekolah yang diberikan kepada media.

Mengulas lanjut perkara itu, Radzi berkata bagi negeri berada di Fasa Dua PPN pula, pembukaan untuk sekolah rendah hanya melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sementara untuk sekolah menengah melibatkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua yang akan menduduki peperiksaan pada akhir Oktober ini.

“Untuk negeri di bawah Fasa Tiga PPN, selain daripada MBK di SKPK dan PPKI, kita akan masukkan (melibatkan) murid prasekolah, pelajar Tingkatan Lima dan juga pelajar STPM lain.

“Manakala untuk negeri di bawah Fasa Empat PPN - dua minggu pertama bermula daripada 3-17 Okt, mereka yang berada di sekolah adalah sama seperti di Fasa Tiga, sebelum kita memperluaskannya kepada murid Tahun Satu, Dua dan Tiga bermula 17-31 Okt, diikuti murid Tahun Empat, Lima dan Enam (di akhir Oktober),” katanya.

Bagi pengoperasian sekolah menengah di fasa itu pula, Radzi berkata sesi pembelajaran akan dimulakan oleh pelajar Tingkatan Lima dan Enam iaitu dari 3-17 Oktr dan selepas itu, disusuli secara berperingkat oleh pelajar tingkatan tiga, empat, satu dan dua.

Katanya, kemasukan secara berperingkat dengan kapasiti hanya 50 peratus dalam kelas ini adalah demi memastikan murid dan pelajar sekolah dapat terus rapat dengan sekolah serta dapat hadir ke sekolah dalam keadaan yang selamat. - Bernama

Sorotan

1

Mahkamah Benarkan Permohonan Pasport Shafee Ke New York

2

Laksanakan Semula Program Sarapan Pagi Percuma - Dr Maszlee

3

‘Hari Gelap’: Solskjaer Kesal Selepas Dimalukan Liverpool

4

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Digesa Siasat Dakwaan Akaun Twitter ‘@Edisi_Siasatmy’ - Musa

Politik 1 hari yang lalu

GPS Tanding 82 Kerusi DUN Sarawak, Nafi Bahagi Kerusi

oleh Rosli Amit

Sukan 1 hari yang lalu

Cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin Di Terbuka Denmark Berakhir

Semasa 18 jam yang lalu

Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Dilaksanakan - NGO

oleh Fitri Nizam