web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sinovac Berkesan Menentang Varian Delta - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 8:04PM

Kajian yang dijalankan menunjukkan vaksin ini memberikan perlindungan mencukupi bagi menentang varian Delta yang mampu mengancam nyawa manusia di seluruh dunia. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu kajian berhubung keberkesanan dua dos vaksin COVID-19 untuk Sindrom Pernafasan Akut Teruk Koronavirus 2 (SARS-CoV-2) di Guangzhou, China baru-baru ini menunjukkan ia memberikan perlindungan mencukupi bagi menentang varian Delta yang mampu mengancam nyawa manusia di seluruh dunia, kata Pakar Vaksin Pharmaniaga Berhad, Dr Ajit Pal Singh.

Beliau berkata kajian itu, yang diketuai Pakar Epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Guangzhou iaitu Zhong Nanshan, mendapati penggunaan vaksin CoronoVac keluaran Sinovac Biotech Ltd dan vaksin SARS-CoV-2 keluaran China National Biotech Group menunjukkan bahawa kedua-duanya lebih berkesan terhadap pesakit COVID-19 bergejala sederhana berbanding yang bergejala ringan.

“Kajian mendapati dua dos vaksin itu mencapai 59 peratus efikasi dalam menentang COVID-19 yang disebabkan oleh varian Delta dengan 70.2 peratus efikasi bagi kategori penyakit respiratori sederhana dan 100 peratus efikasi bagi kes teruk.

“Berdasarkan maklumat ini, hasil kajian didapati melebihi nilai ambang efikasi 50 peratus yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi mana-mana vaksin SARS-CoV-2,” menurutnya dalam artikel yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini.

Dr Ajit berkata kajian itu dilakukan ke atas 628 peserta termasuk 153 pesakit COVID-19 yang disebabkan oleh varian Delta dan 475 kes kontak rapat di bandar tersebut yang berumur lingkungan 18 hingga 59 tahun.

Katanya 10 orang daripada mereka adalah pesakit tahap kritikal, enam bergejala teruk, 105 bergejala sederhana dan 32 bergejala ringan.

Beliau berkata kajian itu turut mendedahkan bahawa pesakit dengan suntikan sekurang-kurangnya satu dos mempunyai tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 dengan tahap keberkesanan vaksin 13.8 peratus manakala kesemua 16 kes yang kritikal dan teruk masih belum menerima vaksin SARS-CoV-2.

“Menerusi kajian sama, saintis mendapati keberkesanan vaksin adalah lebih tinggi terhadap golongan wanita dan individu berumur lingkungan 40 hingga 59 tahun dengan kadar efikasi 72.5 peratus berbanding golongan lelaki serta individu dijangkiti COVID-19 yang bergejala sederhana,” katanya.

Dr Ajit berkata data itu menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk mempertingkat vaksinasi terhadap golongan wanita dan warga emas dalam program vaksinasi secara berterusan.

Katanya negara yang berdepan kekurangan bekalan vaksin COVID-19 pula boleh membuat polisi dengan disokong penemuan berdasarkan kajian saintifik yang mungkin mengkehendaki seorang individu mendapatkan perlindungan dua dos vaksin terlebih dahulu sebelum berlakunya gelombang wabak baharu. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad